Kenapa Orang Islam Solat Hadap Kaabah. Ini Jawapan Zakir Naik Yang MENGEJUTKAN !!!

| May 10, 2016 | 1 Comment

Kenapa Orang Islam Solat Hadap Kaabah. Ini Jawapan Zakir Naik Yang MENGEJUTKAN !!! | Dalam sebuah forum, seorang lelaki non-muslim telah bertanya kepada Dr Zakir Naik. Soalannya berbunyi begini, “Saya ingin mengetahui tentang Kaabah. Apakah sains di sebalik Kaabah dan apa pentingnya Kaabah. Apa logiknya orang Islam berjalan mengelilingi Kaabah?”.

1

Ini pula jawapan Dr Zakir Naik.

Ramai non-muslim menganggap orang Islam sembah Kaabah. Dan ini ternyata tidak benar. Kaabah adalah kiblat dan dalam surah Al Baqarah Ayat 144. “….Dan di mana sahaja kamu berada, sembahyanglah menghadap ke arah Kaabah…”. Dalam bahasa Arab, arah tu bermaksud kiblat. Jadi, Kaabah ini hanyalah sebagai arah atau kiblat.

Sebagai contoh jika kita ingin solat sekarang. Ada yang nak menghadap utara, ada yang nak menghadap selatan, ada yang nak hadap barat dan tidak kurang juga yang ingin menghadap ke arah timur. Jadi ke mana pula kita nak ikut? Jadi, untuk tujuan penyatuan, orang Islam semuanya menghadap Kaabah ketika mendirikan solat. Jadi Kaabah adalah kiblat umat Islam.

Dr Zakir Naik turut menegaskan tiada sorang pun umat Islam yang menyembah Kaabah. Tambahan lagi, Dr Zakir merungkai sejarah orang pertama yang cipta peta dunia. Beliau adalah Al Idrisi, dan dilakukannya pada tahun 1154 Masihi. Ketika Al Idrisi membuat peta dunia tersebut, Kutub Utara di bawah, Kutub Selatan di atas dan Kaabah ada di tengah-tengah.

Kemudian ratusan tahun kemudian selepas orang barat dah belajar buat peta dunia, mereka mula merubah dengan meletakkan Kutub Utara di atas dan Kutub Selatan di bawah dan Kaabah tetap di tengah-tengah. Jadi, di mana saja kamu berada, di Kutub Selatan atau Kutub Utara pun, atau berada di Timur mahupun Barat, umat Islam akan menghadap ke kawasan tengah iaitu Kaabah. Kaabah adalah kiblat.

Ketika umrah atau haji pula, umat Islam akan mengelilingi Kaabah. Kenapa? Ia adalah kerana Allah itu Maha Besar dan Nabi Muhammad SAW telah melakukan hal itu. Jika ditanya apa logiknya Nabi Muhammad begitu, memang tiada disebut dalam hadis dan Al Quran. Tetapi menurut Dr Zakir Naik, setiap lingkaran mesti ada satu titik tengah. Umat Islam mengelilingi Kaabah adalah untuk membuktikan yang Allah itu Satu. Sebuah lingkaran tidak akan ada 2 titik tengah.

Dalam sebuah hadis Sahih Bukhari Vol 2: Bab Haji Bab 56 Hadis No 675, melalui Saidina Umar Al Khatab, khalifah kedua umat Islam mengatakan, “Batu Hitam ini (Hajarul Aswad yang berada di Kaabah) tidak akan memberi kebaikan atau keburukan kepadaku. Aku menciumnya kerana Nabi Muhamamad SAW menciumnya.” Ayat dari Saidina Umar ini membuktikan yang tiada sorang Islam pun yang menyembah Kaabah.

Tambahan lagi, menurut Dr Zakir Naik, ketika zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, para sahabat akan berdiri di atas Kaabah untuk melaungkan seruan azan. Bermaksud tidak ada penyembah berhala sebelum itu berdiri di atas berhala sembahannya. Dan ini membuktikan orang Islam tidak sembah Kaabah.

Kesimpulannya, Kaabah itu kiblat umat Islam dan hanya untuk penunjuk arah. Untuk memahami dengan lebih lanjut, boleh tengok sendiri video di bawah ini.

Video Pertanyaan Tersebut.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SAINS ISLAM

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mohd sufian zuone says:

    kerana ada hikmah disebalik nya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *