Lelaki Ini BERTAHUN Hidup Di Pondok Kebun Getah Bersama Isteri Dan Anak2 Sebelum Akhirnya….

| June 10, 2016 | 0 Comments

Lelaki Ini BERTAHUN Hidup Di Pondok Kebun Getah Bersama Isteri Dan Anak2 Sebelum Akhirnya…. | Dibesarkan dalam keluarga yang susah & kematian ayah & ibu sejak masih kecil menjadikan pengalaman sebelum Islamnya agak sukar. Setelah mendapat hidayah memeluk Islam lelaki muallaf ini atau dikenali sebagai Ali suatu masa dulu pernah hidup merempat.

00

Setelah berumah tangga pernah bekerja mengutip barang-barang terpakai di tempat pembuangan sampah. Pernah tinggal di pondok kecil di dalam kebun getah. Kerja mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan yang tidak menentu tidak cukup bagi menampung keperluan mereka sekeluarga. Anak sulung berusia 6 tahun, kedua 4 tahun & ketiga berusia setahun.

Takdir Allah membuatkan mereka dipertemukan dengan wakil Hidayah Centre Foundation melalui seorang rakan yang berbaik hati membantu mereka sekeluarga keluar daripada kesusahan dan kesempitan.

2
3

Alhamdulillah kini setelah dibantu dan dibimbing oleh Hidayah Centre Foundation, Ali telah mempunyai pekerjaan yang memberikannya pendapatan yang agak stabil. Bekerja sebagai tukang kebun di Pusat Pendidikan Al-Azhar Jitra memberikan makna yang sangat besar buat muallaf ini. Kini Ali terus memdapat bimbingan agama Islam melalui sukarelawan Hidayah Centre Foundation dan Gabungan Dakwah Negeri Kedah.

Marilah sama-sama kita membantu memperkasakan bantuan, bimbingan kepada para muallaf dan dakwah kepada belum Islam dengan menyokong program-program Hidayah Centre Foundation. Antara program terdekat ialah program penjanaan dana bantuan melalui program Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC).

Setiap daripada sumbangan anda pasti bermakna dan akan meringankan beban para muallaf yang mempunyai nasib hampir sama seperti muallaf ini. Ganjaran pahala Allah yang besar in sya Allah menjadi bekalan anda untuk ke syurgaNYA.

_______________________________________________

🌙 MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE KEDAH 2016🌙

Alhamdulillah, hasil sumbangan orangramai sebelum ini, HC Kedah telah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah, pengislaman dan sokongan kepada muallaf di Kedah.

Hasil usahasama dengan ngo KECMA pada 2015 seramai *40* orang telah berjaya dibantu pengislaman kembali kepada agama fitrah.

Seperti kelaziman setiap tahun, maka pada tahun ini sekali lagi HC Kedah akan menganjurkan *Majlis Iftar Perdana HC (MIPHC) 2016* yang merupakan kali ke-5 dan akan diadakan seperti berikut :

🏛 Dewan Al Banna, Pusat Pendidikan Al Islah, Sungai Petani

🗓 Sabtu, 18hb Jun 2016 (13 Ramadhan 1437)

⏰ 5.30 PM to 11.00 PM

Panel Forum Journey to Jannah:

1. Bro Lim Jooi Soon
Pendakwah Bebas

2. Dr Muhammad Faris Iman Leong
Pakar Psikiatri,IPPT Bertam

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk:

💰 Menjana dana bagi meneruskan pengoperasian HC Kedah. Untuk makluman HC kedah mempunyai sebuah pejabat di Jitra dan dua buah rumah perlindungan saudara baru iaitu untuk wanita di Sg Petani dan lelaki di Jitra.

💐 Menaja iftar dan meraikan muallaf yang telah kembali kepada Islam.

Sumbangan anda akan merancakkan lagi bantuan kebajikan kepada Saudara Baru dan aktiviti dakwah spt. Street Dakwah, Dialog antara agama, Open your eyes dinner, Public Talk, Kursus berdakwah dll.

Sila maklumkan pembelian kerusi/meja/sumbangan ikhlas serta kehadiran anda kepada:
📲 013 – 489 8969 (Dr Zol)
📲 013 – 4522274 (Tarmizi)
📲 013 – 4855093 (Solahudin)

Bayaran hendaklah dibuat ke akaun berikut :
*PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI KEDAH*
*No. Akaun Bank Islam 02020010063977*

Tiga jenis sumbangan:
✅ Beli 1 Meja – RM1000 atau RM500 (10 orang semeja)
✅ Beli 1 Kerusi – RM100 atau RM50
✅ Sumbangan ikhlas (sebarang nilai) amat dialu-alukan.

0
1
5 (1)
5 (2)
6
7

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KISAH HIJRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *