Lelaki Ini 35 Tahun Sibuk Jadi Pensyarah UTM. Ini Kata MAK TIRI Yang Buat Ramai Kata RESPEK !!!

| June 14, 2016 | 0 Comments

Lelaki Ini 35 Tahun Sibuk Jadi Pensyarah UTM. Ini Kata MAK TIRI Yang Buat Ramai Kata RESPEK !!! | Mungkin ramai yang masih tak mengenali lelaki ini yang merupakan seorang bekas Professor di sebuah universiti terkemuka Malaysia dan anak jati Kuala Kangsar. Temubual bersama mak tiri beliau (Raja Nor Azian) yang amat menyentuh hati.

1

Pentemubual : Apa perasan makcik apabila Professor menyatakan hasratnya untuk bertanding?

Raja Nor Azian : Saya memang suka kerana dia mahu membela rakyat yang susah. Memang minat dia dari dulu untuk masuk politik bagi mencapai tujuan tersebut.

Pentemubual : Bagaimana Professor menyantuni makcik sebagai ibu tirinya?

Raja Nor Azian : Hubungan saya dengan dia memang rapat. Dia buat saya macam mak sebenar, bukan mak tiri. Dia kerap balik jenguk kami di sini. Anak-anak dia pun memang rapat dengan saya, takde macam ada rasa macam nenek tiri atau apa. Bukan saya nak puji dia ke apa. Memang dia baik.

Pentemubual : Bagaimana kehidupan beragamanya dalam kesibukannya sebagai seorang tokoh akademik bergelar Professor?

Raja Nor Azian : Apa yang saya tahu, ke mana sahaja dia pergi, Al Quran sentiasa dibawa. Dia baca Quran setiap kali lepas solat dan anak-anak dia memang semua jaga solat dan jaga baca Al Quran walau mereka sentiasa sibuk. Bab solat memang keluarga Professor ambil berat dan takda la saya nampak dia biar anak-anak dia.

RAKAMAN VIDEO TEMUBUAL BERSAMA IBU TIRI

Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan Professor yang sangat berwibawa ini. Professor tersebut adalah Dr Ahmad Termizi yang merupakan calon ahli parlimen Kuala Kangsar (P.067) yang membawa nama Parti Amanah Negara. Beliau lahir di Kuala Kangsar dan walau berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau kerap balik bertanya khabar dengan ibu tiri dan keluarganya yang lain. Dan kini, selepas tamat perkhidmatan sebagai Professor, beliau ingin kembali berbakti kepada tempat tanah tumpah darahnya. Berikut merupakan biodata Dr Ahmad Termizi.

Dilahirkan di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar pada tahun 1954. Merupakan anak sulong daripada 12 adik beradik. Berkahwin dengan isterinya Puan Kamaliah Noordin dan dikurniakan 9 cahaya mata serta 14 orang cucu.

Kerjaya:
Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang nuklear fizik dan jawatan terakhir beliau adalah Profesor di Universiti Teknologi Malaysia. Kepakaran beliau diiktiraf International Atomic Energy Agency dengan beberapa kali dipanggil agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu itu untuk menyumbang kepakaran beliau.

UTM.
1979- Penolong Pensyarah A.
1981-Pensyarah
1993-Prof. Madya
1997-Profesor (C)
2013-Profesor (B)
Tamat perkhidmatan 2016.
Ketua Jabatan Fizik 1988 – 1990
Pengarah Unit Perlindungan Sinaran 1991 – 2004
Ahli Senat 2011 – 2016.

Pendidikan:
1960, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai,
1965, Sekolah Kebangsaan Selama, Perak.
1967, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh. LCE.
1971, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi MCE.
1973, People’s College of Further Education. A-Level.
1975, University of Leeds, UK, B.Sc. (Hons) Fizik.
1980, University of Salford, UK, M.Sc. Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. 1984, University of Swansea, Wales, Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan.

Dr. Ahmad Termizi pernah dilantik sebagai Presiden, Malay Society of United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom. Beliau bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarkatan melalui Pertubuhan Ikram Malaysia dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat dari tahun 2010 ke 2015. Dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini oleh DYMM Almarhum Sultan pada tahun 2001.

2
3

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TAULADAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *