Kemunculan Filem Realiti THE CONJURING Part #3 Di Malaysia Yang Buat Ramai SERAM !!!

| June 23, 2016 | 0 Comments

Kemunculan Filem Realiti THE CONJURING Part #3 Di Malaysia Yang Buat Ramai SERAM !!! | Seperti ditulis oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, Pakar Kecemasan di Hospital Melaka (LINK). Siapa yang pernah menonton cerita The Conjuring sudah pasti akan tahu bahawa ia menceritakan ttg kisah2 hantu yang saling bersangkutan.

1

Hantu/Demon yang disangka telah dihapuskan kembali menghantui masyarakat dalam setiap episod. Bermula dari Anabelle, kemudian kepada Batshiba, dan terbaru kepada Valak yang menghantui Enfield dan Amityville.

Valak di dalam The Conjuring 2 ini adalah digambarkan sebagai syaithan yang menyerupai seorang biarawati/nun. Ia juga sering memperolok2kan mangsanya dengan memainkan lagu2 keagamaan sedangkan pada hakikatnya ia menghina dan menolak ugama.

Demikian juga dengan keadaan kita pada hari ini. Para doktor belajar dan membaca tentang kisah2 ngeri dan menyeramkan dalam bentuk penyakit smallpox, difteria, polio, pertusis dan pelbagai penyakit jangkitan lain yang sudah dibasmi sepatutnya oleh vaksin namun ia kembali menghantui masyarakat.

Sepanjang 13 tahun saya menjadi doktor, ini kali pertama saya berjumpa kes difteria. Ia sudah menjadi begitu jarang hingga maklumat mengenainya hanya berada di dalam buku2 teks perubatan. Doktor sudah tidak mengenali penyakit ini kerana ia sudah begitu lama tidak muncul!

Malangnya, seperti demon2 yang tidak habis2 dtg menghantui dan sebelumnya disangkakan telah dihapuskan, ia (difteria) kembali semula menular di dalam masyarakat kita. Seperti di dalam semua siri The Conjuring, mangsa paling utama adalah kanak2.

Malapetaka telah tiba mengetuk pintu kehidupan anak2 kita! Tatkala imunisasi dianggap sebagai agenda iluminati, zionis, yahudi, israel, amerika, CIA, rockerfella etc….Valak antivaksin yang memakai jubah2 ugama sedang membunuh generasi manusia dengan fahaman songsang yang tidak disokong oleh ugama yang sebenar.

Jawapan paling tak boleh blah dari Valak antivaksin apabila terjadinya wabak terbaru difteria ini adalah, “Ini semua terjadi kerana kehendak Tuhan. Anak Valak tak vaksin, tak kena pun.” Tuhan juga dipersalah dan diperolok2kan persis Valak yang sebenar. Kongsikan pada yang lain. KREDIT Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, Pakar Kecemasan di Hospital Melaka (LINK)

APA ITU DIFTERIA

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *