Ustaz MEROYAN Roomate TAK SOLAT. Bila Ajak Boleh MELENTING. Ini CERITA Aku Pula…..

| June 23, 2016 | 0 Comments

Ustaz MEROYAN Roomate TAK SOLAT. Bila Ajak Boleh MELENTING. Ini CERITA Aku Pula….. | Terbaca confession seorang ustaz muda mengadu roomate dia tak solat. Ajak solat pulak melenting. Haha. Aku tergelak, terfikir. Mungkin juga refleksi diri. Sebab?

1

Sebab aku pun dulu tak solat. Aku gelak sbb terkenangkan jahilnya diri aku ni. Tegur? Jangan beb.. Panas baran, cpt melenting. Parents dah pujuk, ajar, kawan tak kurang jugak yang tegur. Paling tidak pun, kalau aurat tak boleh jaga, solat tu.. jagalah elok2. Tapi aku tetap aku, aku buat bodoh je.

Tapi, semua berubah sejak aku kenal roomate aku ni. Dia memang solat lima waktu, sibuk manapun dia mesti bukak Al-Quran, zikir tak lepas, sentiasa senyum. Satu aku paling suka pasal dia, mengaji memang merdu. Menusuk kalbu aku yang hitam, penuh dosa dan noda.

Lama perhatikan dia, aku hairan. Kenapa dia tak pernah tegur aku? Suh solat ke? Ajak jemaah ke? Tapi, jujur. Tanpa ajakan dan dorongan tu, hati aku terdetik nak berubah. Satu malam yang hening, masa dia sibuk mengaji Al-quran, air mata aku menitis.

Kerasnya hati aku, nak hadap Tuhan pun aku tak mahu?

Sejak hari itu, sampailah kini. Aku tak pernah tinggal solat dan kalau sempat, aku akan berjemaah dgn roomate aku. Aku ada tanya dia, kenapa dulu dia tak pernah tegur aku?

Dia senyum. Dan dia kata,

Saya tahu awak macammana. Kalau saya tegur, mesti awak akan marah dan menyampah dgn saya. Org menyampah ni, kita buat baik macammana sekalipun, dia takkan pandang. (Dia tergelak kecil. Kemudian, menyambung kata..)

Silap haribulan, awak akan menjauhkan diri dari saya.. dan itulah yang saya sangat tak nak. Memang perlu untuk menegur, tapi bagi saya. Biarlah teguran itu saya berikan pada org yang boleh menerima. Kekadang kata2 tak kan mampu mengubah apa2.. Tapi, saya berazam untuk menjadi contoh yang terbaik utk org sekeliling saya. Dalam setiap doa, usai solat, zikrullah dan membaca kalamNya, saya akan doakan awak.. Moga Allah buka pintu hati awak, dan awak temukan kekuatan untuk berubah.

Actually, cara roomate aku cakap lagi santai. Relax je dia, tapi inilah yang aku ingat. Aku bersyukur jumpa rumet macami, dan berazam.. Akhlak baik dia aku akan contohi. Mungkin bagi sesetgh org, perlu juga untuk menegur. Tapi, aku setuju dengan dia. Setiap teguran, tindakan yang kita ambil, kita kena perhatikan keadaan dulu, sebab kalau tersilap langkah.. orang akan menjauhkan diri, kan?

Apapun, ikut peribadi masing2. Doakan aku gais! Aku pun nak jadi baik Salam Ramadhan. KREDIT IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KISAH HIJRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *