MAUT Dalam Kemalangan. Isi Nota Kecil Mangsa Sangat MENYENTUH HATI Di Ramadhan Terakhir !!!

| July 4, 2016 | 0 Comments

MAUT Dalam Kemalangan. Isi Nota Kecil Mangsa Sangat MENYENTUH HATI Di Ramadhan Terakhir !!! | Antara yang tertulis di atas nota kecil yang dijumpai bersama dengan mangsa kemalangan itu,sangat tersentuh dengan isi yang ditulis oleh mangsa.

1

  1. Tuhanku ampunkan aku,
  2. Sayangi aku,
  3. Tutuplah aib-aibku,
  4. Angkatlah darjatku,
  5. Berikan aku rezeki,
  6. Berikan aku petunjuk.

Ia ditemui di tepi tangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang maut dalam kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah, di sini semalam.

Dina Shuhadah Ahmad Fariz, 17, pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar menunggang motosikal jenis Honda EX5 untuk ke sekolah

Tempat kejadian tersebut tidak sampai 2 kilometer dari sekolahnya.

Mmangsa telah hilang kawalan dan terjatuh, sebelum ia digilis oleh sebuah treler yang melalui jalan yang sama.

2

Penemuan nota tersebut sangat menyentuh hati datuk mangsa, Osman Senara, 72, berkata,dan menurutnya, nota tersebut ditermui tepi tangan kiri cucunya itu selepas kemalangan.

“Nota itu ada dengan saya. Bila saya membacanya, saya juga sangat sayu. Arwah anak kedua dari lima beradik dan seorang yang periang. “Dia pelajar yang cemerlang dan bercita-cita nak jadi jurutera. Dia ada cakap nak belajar rajin-rajin supaya dapat semua A dalam SPM nanti macam kakak dia. Tapi tak sempat,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ialah Sabtu lalu ketika dia sekeluarga berbuka puasa di rumah seorang bapa saudaranya di Taman Golf Height, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun di lorong kanan.

“Akibatnya, mangsa terjatuh menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan batu konkrit di sebelah kanan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan melanggar mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala. Muhamad Zaki berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jenazah Allahyarham Dina Shuhadah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, semalam. KREDIT METRO.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TAULADAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *