Sem 5. Aku Kahwin Dengan LECTURER Aku Sendiri. Ini RESPONS Kawan-Kawan Yang Buat Aku…..

| July 27, 2016 | 0 Comments

Sem 5. Aku Kahwin Dengan LECTURER Aku Sendiri. Ini RESPONS Kawan-Kawan Yang Buat Aku….. | Aku seorang perempuan. umur 21 tahun. Pelajar diploma. universiti dirahsiakan (bukan uia). sekarang aku dah semester 6 (akhir). berkahwin dengan lecturer aku sendiri. umur dia sekarang 32 tahun. masa dia kenalkan diri kat student, dia claim dia da bertunang sebab taknak student tergedik-gedik dekat dia. tak dinafikan dia memang handsome. sado pulak tu. yela doktor kan. memang ramai kawan-kawan aku suka kat dia. hahahah

1

Macam mana aku boleh kahwin dengan lecturer sendiri? ok, aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai student dia, dia pilih aku. tak sempat nak tanya. hahaha. macam ni, masa kelas suami aku ni di hari pertama semester pertama masuk uni ni, biasalah, lecturer suruh tulis nama dan nombor telefon memandangkan kami belum lantik ketua kelas lagi. mudah dia nak contact siapa2 bagitahu pasal kelas.

So masa sem 1, lecturer aku ni suka panggil nama aku jawab soalan-soalan dia. minta tolong macam-macam. mesej aku bagitahu kelas cancel ke nak belajar topik apa minggu ni. sedangkan bukan aku ketua kelasnya. ketua dengan penolong class rep dia tak mesej pon.

Dipendekkan cerita, masa aku akhir sem 2, dia ada mesej aku. tapi bukan hal kelas. start hari ni la dia try tackle aku sebenarnya. dan masa cuti sem 3 sebelom naik sem 4. dia pelawa aku nak hantar balik rumah. tapi berhajat. haha. dia nak kenal dengan mama dan papa aku. jadi masa cuti sem sebelum naik sem 5 hari tu kami kahwin. apa yang jadi semua ni kawan-kawan aku takde sorang pon tahu. aku, suami aku dan family kami je tahu. aku minta dia rahsiakan sebab aku tahu, kalau kawan-kawan kelas aku tahu, mesti dia orang kata ‘senang lah nak dapat markah, kawin dengan lecturer.’ tu yang aku takut sangat. tapi dia ada bagitahu students dia yang dia da nak kawin.

Ok start sini conflict berlaku. lepas naik cuti raya aidilfitri hari tu. kawan-kawan kelas aku cadang nak pergi beraya rumah lecturer kami. salah satunya rumah suami aku la. kawan-kawan aku semua beria sangat nak jumpa isteri lecturer dia orang ni. aku da ketar da. tapi lepas discuss dengan suami aku. suami aku cakap bila lagi nak bagitahu kawan-kawan memandangkan aku pun da sem akhir. jadi aku pun setuju je la. aku tak ikot dia orang pergi beraya rumah lecturer lain. yelaa, aku nak masak lagi. hahaha. aku cuma bagitahu kawan-kawan aku yang aku kene balik rumah. ada hal penting.

So setibanya mereka di rumah kami. terbeliak biji mata semua tengok aku yang berdiri sebelah lecturer kesayangan dia orang tu. dan suami aku yang cerita semua kat mereka. masa kat rumah kami tu, kawan-kawan aku semua ok lagi. tapi bila balik hostel je (aku memang duduk hostel walaupun lepas kahwin. balik rumah suami aku hujung minggu je. tu pun kalau takde apa-apa aktiviti). aku perasan kawan rapat aku macam tak nak layan aku (aku da agak da perkara macam ni berlaku). selalu pergi kelas sama, tapi lepas dia orang tahu aku da kahwin tu, selalu kene tinggal. semua tak nak cakap dengan aku. aku rasa sedih sangat-sangat. da jadi macam ni, boleh kata setiap hari aku ikut suami aku balik. yela, da takde orang nak kawan dengan aku. bila hari2 balik. lagi macam-macam dia orang cerita pasal aku. dekat dalam kelas, aku tak bagi suami aku sentuh pasal kami. suami aku nak jumpa kawan-kawan aku. bagitahu elok-elok. tapi aku tak bagi. nanti dia orang lagilah kata kat aku macam-macam. mentang-mentang kawin dengan lecturer, mengada-ngada. tapi nak buat macam mana. dah dia orang semua tak nak dengar aku nak jelaskan. semua lari dari aku. takpe lah.

So untuk kau orang semua. kalau ada kawan-kawan yang kawin dengan lecturer sendiri. percaya la lecturer ni jujur orangnya. walaupun aku isteri dia, tapi dia tak pernah bagitahu aku dia nak buat pop quiz ke, soalan test keluar apa, exam keluar tajuk apa. aku pun tak pernah sentuh kertas-kertas kerja suami aku. dekat rumah pun kami tak cerita tentang hal kelas. sebab suami aku kata tak adil untuk students dia yang lain walaupun aku ni isteri.

Tu je la aku nak cerita. terima kasih baca. – Syada. via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: REALITI HIDUP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *