Kena Strok. 2 Tahun Mak Xleh Cakap. Tapi Hari Ni Mak Baca Al Fatihah.. Kami Pun….

| July 31, 2016 | 0 Comments

Kena Strok. 2 Tahun Mak Xleh Cakap. Tapi Hari Ni Mak Baca Al Fatihah.. Kami Pun…. | Seperti yang diceritakan oleh FB Puan Aiziera Sukman (LINK). Sepanjang saya mengenali mak, mak merupakan seorang ibu yang penyayang terhadap anak menantu dan cucu-cucunya. Dan yang paling utama sekali mak lah yang cukup setia menjaga makan minum pakai ayah sejak ayah sakit (nyanyuk). Bukan senang sebenarnya hendak menjaga orang nyanyuk. Ayah pernah beberapa kali hilang. Mujur selepas itu rumah sudah dipagar dan kurang sikit beban mak. Jika tidak mak selalu tidak cukup tidur menjaga ayah ditambah pula mak memang ada darah tinggi. Kesian mak.

1

Selama 8 tahun saya menjadi menantu mak, saya tidak pernah dimarahi, disindir atau diarah buat kerja rumah. Jadi bila suami mengajak saya pulang ke kampung dengan pantasnya saya akan cakap ok! Selalunya rutin mak, dia akan bangun dan mandi sebelum Subuh dan terus menyediakan sarapan untuk kami. Kadang-kadang bila saya dah bangun, kopi kampung dan kuih-muih yang mak buat sudah tersedia di atas meja. Maklumlah anak menantu yang jauh duduk di KL dan jarang pulak balik memang dilayan macam anak raja.

Namun keseronokan itu tidak lama, pada tahun 2014 ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya akibat sakit tua. Semasa kami tiba pada pagi pengebumian ayah, saya terus cari mak sebab risaukan keadaan mak yang lemah. Dan saya ingatkan mak menangis tapi rupanya tidak. Mak sibuk menguruskan pengebumian ayah. Kedengaran hanyalah suara mak. Saya lihat mak pada masa itu kuat sangat. Namun kuatnya tidak lama. Selang beberapa bulan ketika kami ingin keluar meraikan ulang tahun anak sulung, kami mendapat panggilan dari abang mengatakan mak masuk hospital. Tanpa berlengah kami pun bergegas pulang ke kampung. Rupanya mak diserang strok. Mungkin kerana mak selalu teringat dan rindu sangat pada arwah ayah. Waktu itu hanya Allah saja yang tahu perasaan kami kerana ayah baru saja beberapa bulan meninggal dunia. Perasaan bercampur baur. Sedih, risau, takut semua ada.

Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga mak. Mujur saya dan suami bekerja sekali menguruskan perniagaan sendiri (kami berdua merupakan top leader unit trust consultant Public Mutual, so masa agak fleksibel), jadi dapatlah kami bergilir-gilir menjaga mak. Cuma pada tahun ini kami mengambil keputusan menghantar mak ke pusat penjagaan orang tua (setelah mendapat nasihat dari pakar) kerana mak seakan mengalami depression dan selalu mengadu sakit. Kami akan hantar mak pagi dan ambil petang sama waktu macam hantar anak-anak pergi sekolah.

Video Mak Baca Al Fatihah.

Alhamdulillah setelah beberapa hari mak mengalami perubahan yang sangat ketara. Topik perbualan mak tidak lagi berkisar tentang sakit. Mak mula bercerita tentang aktiviti dengan kawan-kawan barunya. Kadang-kadang saya melayan cerita mak sehingga 2-3 jam sebab dulu semasa sihat, mak memang suka bercerita. Pernah suatu ketika, setelah selesai solat Asar ketika menadah tangan berdoa tidak semena-mena air mata saya mengalir deras. Saya mengangis teresak-esak. Saya sangat terharu dan gembira dan tidak henti-henti mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt yang telah memulihkan keadaan mak.

Selama 2 tahun Mak menderita akibat strok dan hampir 90% hilang keupayaan bertutur, pada malam ini kami bersyukur sangat kerana mak dapat membaca dan menyebut dengan jelas surah Al-Fatihah. Mohon rakan2 terus mendoakan kesihatan yang baik untuk Mak.. Luv u Mak❤❤😢 ..

2

Alhamdulillah 2 tahun buat unit trust consultant Public Mutual, kami suami isteri berjaya jadi top consultant dan dapat tukar kereta dari Myvi ke BMW 3 series. Alhamdulillah rezeki makin murah mungkin asbab jaga mak. Bagi sesiapa yang mahukan kerja yang fleksibel, terutama wanita yang nak bantu suami atau ibu tunggal (boleh tumpu kepada keluarga) tetapi pada masa yang sama boleh peroleh income yang masyuk boleh la add saya di  FB Puan Aiziera Sukman (LINK). Kita boleh sembang-sembang. InsyaAllah ada jalannya.

Save

Save

Save

Save

Save

Save

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: KISAH HIJRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *