Aku Kahwin Umur 15 Tahun. Korang Mesti TERKEJUT Bila Aku Bagitau Apa Suami Aku Buat !!!

| August 2, 2016 | 0 Comments

Aku Kahwin Umur 15 Tahun. Korang Mesti TERKEJUT Bila Aku Bagitau Apa Suami Aku Buat !!! | Saya berkahwin pada usia 15 tahun dengan salah seorang kaum kerabat keluarga saya juga..apa sebabnya biarlah ia jadi pengajaran buat saya, yang pastinya ia meremukkan hati ibu bapa saya..seluruh keluarga dia tak suka saya katanya saya musnahkan hidup suami, sedangkan saya berhenti sekolah untuk selamatkan suami dan nama baik keluarga mereka..saya dicemuh teruk, ramai ibu bapa warning pada anak gadis mereka jangan hampiri saya..saya ancaman yang besar untuk masa depan anak mereka..

1

Boleh bayangkan bagaimana saya harus teruskan hidup tanpa kelulusan dan nama yang tercalar teruk?saya alami depression yang teruk..saya harapkan suami akan terima dan bahagiakan saya,tapi hampa..dan ya,saya pernah dipukul,dicekik sehingga dah rasa penghujung nyawa,dimaki usahlah kata,sehingga seluruh keluarga saya dibabitkannya,dia hampiri saya apabila ingin ‘bersama’ atau lapar saja..

Tak sampai setahun kami hidup bersama, pindah randah, hidup berjauhan, ditambah dengan pengacau rumah tangga kami lagi..akhirnya kami bergaduh besar, puncanya saya tegur dia memberi pinjam motor kepunyaan saya pada rakannya tanpa minta izin..motor yang dibeli dengan titik peluh saya tapi saya beri suami menggunakannya untuk kemudahan suami memandangkan tempat kerja saya dekat dengan rumah sewa,saya berjalan kaki walaupun pulang tengah malam sendirian..

Impak pergaduhan tersebut dia halau saya serta gantung saya tak bertali,saya lari dari keluarga dan mulakan hidup baru..tak ada kerja, tak ada tempat tinggal, tak ada pengangkutan, saya cuma harapkan ehsan orang sampai saya ada kerja..lama saya tak balik kerana terlalu marah dan merajuk hati akan keluarga juga sampai saya kenal seorang lelaki..dipendekkan cerita,kami decide nak kahwin..

tak nak hidup terus bergelumang dosa sebab masih isteri orang tapi bercinta dengan lelaki lain serta nak mulakan hidup baru yang lebih baik,saya bulatkan hati untuk minta cerai dan saya akan uruskan semua urusan sebab suami memang tak nak lepaskan saya, digantung saya tak bertali memang untuk menyeksa diri saya..saya hubunginya setelah hampir dua tahun, mungkin tercabar dengan tindakan saya meminta cerai,ditambah egonya yang melangit dia terus cakap yang dia akan ceraikan saya cara baik, syaratnya saya jangan minta dia satu sen pun..

Ketika membuat keputusan untuk meminta cerai, memang ada pihak yang tahan,ada yang menyokong..berbolak balik..akhirnya saya fikir,’selama ini saya sudah hidup sendirian,saya telah mendapat suami yang teruk, saya dihina dan disisih oleh masyarakat, saya sudah digantung tak bertali dan semua saya telah tempuhinya dan masih hidup di bumi ini..kelak jika dicaci kerana bergelar JANDA pun, apalah sangat berbanding semua yang saya dah rempuh..’

Sepanjang perbicaraan,dia gelisah,menggaru dan bermain jari..saya kemukakan setiap sebab penceraian dan Hakim meminta sebab kenapa saya tidak menuntut apa-apa dari suami,jawapan saya mudah “jika ketika kami menjadi suami isteri pun dia tidak menjalankan tanggungjawab serta memberi nafkah,untuk apa saya terus mengharap pada yang tak pasti?saya yang menanggungnya setiap bulan..saya tak perlukan duit suami untuk teruskan hidup..biarlah suami menjawab di depan Allah kelak,dan biar DIA saja yang adilinya nanti..”..saya bukan riak, tapi saya mahu memberi tamparan padanya..sekian lama dia melihat saya sebagai seorang yang penakut,pengecut serta berlemah lembut dalam berkata..

4

Memiliki kisah lalu yang hitam, bukan penamat hidup seseorang..menjadi janda bukan sial..Allah menguji kita kerana DIA tahu kita mampu..bangkitlah wanita yang dianiaya, kelak kamu pasti kan menikmati manisnya hidup.. Bekas Janda via IIUM. P/S : Semoga kisah ini menjadi kekuatan kepada isteri-isteri yang teraniaya dan diabaikan suami. Kongsikan pada yang lain.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TAULADAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *