Aku Kaya Hidup Dengan SKANDAL. Tapi Apa Berlaku 5 Tahun Kemudian Buat Aku INSAF !!!

| August 2, 2016 | 1 Comment

Aku Kaya Hidup Dengan SKANDAL. Tapi Apa Berlaku 5 Tahun Kemudian Buat Aku INSAF !!! | Aku terlalu bnyak dosa. diusia 27 tahun.. aku masih cuba berubah.. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Mak abah mmg ajar kami adik beradik hidup susah..padahal mak abah kije goverment..tapi kedekut dgn anak.. Bayangkn nak beli undergament sndiri pun..ak kena kumpul duit belanja sekolah!

1

Aku diusia 19 tahun..

Alhamdulillah..lepas matrik.. Ak dan kwn sekampung berjaya masuk uni y sama..ak gelarkan akma. kami dari utara..dpt cont study di selatan. seksanya tak cukup duit..makabah kami sama2 tak kirim duit..harap biasiswa je. akma saaaangat cantik..nmpak mcm pan asian..rambut dan anak mata smulajadi perang. aku biasa2 je. satu hari masa kami jalan2 kat mall. suddenly ada 2 lelaki approach kami..passing nombor then ajak keluar..diaorg ni kontraktor dr penang..selalu ulang alik ke singapore sbb ada projek..aku dan akma hidup mewah dgn diaorg. merasa pergi singapore…and mana2 dorang outstation mesti bwk kami..kami hanyut dgn kehidupan mewah.

Masuk tahun ke 2 study..akma kena kick dr uni..sbb pointer teruk…uni ak mmg popular bab tendang student ni..lepas pada tu..kami lost contct..ak makin liar..mula tukar2 skandal..aku dah xkisah abah xkasi duit pun xpe..balik kg..ak xbwk semua gadget..pakai la fon buruk y abah hadiahkan masa ak dpt result spm baik dulu..ak blagak mcm biasa..mcm xde apa2..

Semua tu berlanjutan smpai ak grad..walau aku x solat..x ngaji..tapi allah xpernah kedekut dgn aku..belum final paper..ak dpt job offer kat kl. xsempat nak relax..dah kena masuk kerja. masa tu aku dah mula ada feeling nk quit kegiatan maksiat ni. aku nak quit bkn sbb takot dilaknat allah…tp sbb takot kena hiv..yelah aku tukar2 pasangan kot

Aku diusia 23 tahun

Aku grad. ak buat keputusan tukar number.. supaya xde scandal y dpt contct ak lagi..dgn degree y ada.. ak kije kt kl starting gji 1.8k..ya allah sesaknya hidup ak. dh biasa hidup mewah..suddenly kena makan bercatu..duduk flat tingkat 19 yang kadang2 lift rosak.. 1bilik smpai 3org.. kena naik public transport! berhimpit dgn bangla!! hujung bln ikat perut!!keluar awal pagi..sampai rumah dah malam…raaa mcm pendatang asing kat negara sndiri!!

Masa ni ak dh mula solat. dugaan y ak hadapi ialah office ak xde tempat solat..nak solat kena p lower ground floor..ak kuatkan semangat..cuba utk solat!

Ada satu masa tu..ak putus duit..xleh g kije sbb xde duit nak bayar public transport..ak kutip syiling kat umah sewa..selak bwh tikar..ak cukupkan 2.10 sen utk bayar lrt..sedih weh!!

Keesokkanya ak dpt pm kat fb..rupanya scandal ak cari aku..ak pikir 1000kali..dia muncul.masa ak xberduit..ak lemah..ak gagal lagi! ak tejebak smula…setaun ak begelumang dgn dosa.aku pindah dri flat ke apartment.ak diberikan kereta.. ak.hanyut lagi..satu pagi tu..ak tengok tajuk paper..yatt hamzah masa tgh sjud nmpak api neraka..ak tak tau kenapa cerita dia sangat terkesan kat hati aku..ak jadi takot. aku takot masuk neraka

Aku diusia 24 tahun

Pada masa tu jgk ak dpt offer kerja..gaji pun dah up 2.5k..comp tu ada branch luar dr kl..ak minta kerja di branch sana sbb kos hidup tersangat rendah n ak nak mula hidup baru. aku tukar no phone lagi.. aku dpt sebiji rumah dgn sewa rm400 je sebulan then ak beli kereta. kat sini pekan mati..malam2 kedai semua tutup awal. siang kerja malam dok umah tgk tv..ak bahagia! xde boyfriend..masa ni gila nak kerja je..

Aku diusia 25 tahun

Tapi semua tu berubah bila ak kenal sorang laki ni..nama dia aril. Aril baru putus tunang then kena buang kerja. aku kenal aril pun sbb tiap pagi aku slalu beli breakfast kat kedai makan makayah dia. Dia bantu fam running kedai makan tu..dia try nak approach aku. memandangkan ak still single..ak try bukak hati kat dia. 3bulan kenal dia ajak kewen. Aku berat hati sbb aku bukan dara lagi n dia pun xtahu kisah silam aku. makin lama dia push aku pasal kawen. puas ak google cari solution..kat google ckp xyah g tau kisah silam..jgn bukak aib sndiri..tapi aku takut..kot la kena cerai malam pertama..xpasal satu family tau kisah ak..

Ak kuatkan semangat utk berterus terang..guess what?aril ckp dia xkisah..

Ada 1 masa tu..paip area perumahan kami ada baikpulih..so dorang putuskan bekalan air dlm 3hari. memandangkan aku dok sorang..air tangki mencukupi utk aku..aril minta tumpang mandi..katanya air rumah dia dah abis..ak xfikir apa..ak izinkan dia masuk..ni tindakan ak paling bodoh skli..ak dirogol..sungguh ak xrela..ak marah..smpai hati aril buat ak mcm tu…tp ak xberani report.. ak xnak bila doc check nanti dorang tau y ak dh lama ilang dara.. aku tak nak fam di kg tau..

Sebulan lepas tu ak xdatang period..ak risau..ak diamkan je..smpai masuk 2bln xperiod ak dah gelabah. ak beli pregnancy test..ak pregnant..sepanjang bertahun ak berzina dgn kerelaan.. ak xmengandung.. bila ak xrela mcm ni ak diuji! Ak terus cari aril…tp aril xlayan aku dah..dia hilangkan diri..dia block semua fb call n wassap aku..then..ak dpt tau dia dah tunang!

Panjang sngat confession ak..kalau ada feedback positive..nti ak cerita apa jadi pada kandungan aku dan akma.. Ak terima kalau ada y marah ak..aku insan berdosa..ak antara insan yang tercicir dr landasan agama. kami perlukan bantuan dan bimbingan.. Fatiha via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬‬‬
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: TAULADAN

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anas anonymous says:

    Sabar dik…ujian Allah byk segi….kalau bole jgn dicerita dah cerita lama…buka buku baru…anak tu bela sehingga besar dgn ilmu agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *