Malam Tu Anak Aku Kena Asma. Gi Ke Klinik Ni. Apa Aku Temui Bakal MENGEJUTKAN Ramai !!!

| August 4, 2016 | 1 Comment

Malam Tu Anak Aku Kena Asma. Gi Ke Klinik Ni. Apa Aku Temui Bakal MENGEJUTKAN Ramai !!! | Aku baru balik rumah di Gurun, Kedah selepas selesai urusan di KL. Seronok dua orang anak menyambut kepulangan aku, seronok lagi isteri kottt hehe. Al maklum lah, 3 hari outstation kan. Aku bawa mereka ole2 buah pelam. Memang feberet isteri dan anak2. So sempat la singgah beli di R n R Bukit Gantang. Kami pun makan buah pelam dengan gembiranya.

1

Nak dijadikan cerita, malam tu lebih kurang pukul 8 malam, aku perasan anak perempuan yang berumur 2 tahun tu… nak kata camna ye, macam sesak nafas.. Asyik dok batuk je. Dan nampak dia punye perut berombak (nafas laju). Hati aku dah tak berapa nak sedap dah. Tiba-tiba isteri aku tegur aku.

“Bang, perasan tak Amira tu macam tak kena. Asyik merengek je.”

Aah memang aku perasan. Tapi klinik mana buka malam-malam ni. Aku duduk kat Kg Batu 9, di tengah-tengah antara pekan Gurun dan Sik. Mana nak jumpa klinik buka malam-malam ni. Tapi aku dengan tenang minta isteri siap-siap untuk keluar. Kena cari klinik yang ada nebulizer ke paling kurang. Tapi kat mana ?

Aku pun mula drive bersama isteri dan 2 orang anak. Aku nampak Amira macam makin teruk je. Aku tuju ke arah highway PLUS untuk ke Sungai Petani. Kalau-kalau takda klinik yang aku jumpa sebelum masuk highway memang aku akan terus ke Hospital Sungai Petani. Untuk makluman, pekan Gurun ke Sik ke ni macam pekan mati. Waktu malam semua benda pun tutup kecuali kedai makan. Jadi, sama ada buka atau tidak klinik, tu aku tawakal kat Allah. Sambil-sambil tu, mulut aku tak lekang dari mengucapkan astaghrifullah. Semoga Allah permudahkan urusan aku.

Aku jeling kat Amira. Muka dia tampak sedikit pucat. Nafas dia makin laju. Aku nampak je cool tapi hati aku sangat bergelora. Sambil drive aku minta isteri supaya tengok kiri kanan jalan, mana tau ada klinik yang masih buka ke. Lepas 10km drive isteri panggil aku.

“Bang, bang, bang tu ada klinik tepi jalan tu. Papan tanda klinik ada lampu, mungkin masih bukak.”

Jam menunjukkan 830 malam waktu tu. Aku pun terus buat u-turn, dan tuju ke klinik tu. Tertulis Poliklinik Mesra. Tak pernah tau pun ada klinik kat area tu. Baru kot. Tapi klinik ni ada ke servis nebulizer. Lepas parking terus pi masuk dan bagitau kat front desk tu ada emergency. Anak susah nak nafas. Dalam tu ada la dalam 4-5 pesakit sedang menunggu.

Bila tengok keadaan kecemasan, terus kakak front desk tu bawa kami ke bilik doktor. Doktor bertugas Dr Muhammad Najmi. Dia tulis graduated from Ireland. Tenang je doktor tu masa tanya-tanya kami soalan sambil dia seperti mengira kadar nafas per minit Amira. Doktor terus pasang alat nebulizer dan meletakkan corong ke muka anak kami. Yang ni la part mengejutkan aku. Tak sangka klinik ni pun ada mesin nebulizer. Alhamdulillah. Kira-kira lepas 10minit, kakak tadi datang bawa sesuatu. Katanya ubat cegah penat. Lepas tu terus habiskan prosedur nebulizer tu.

Alhamdulillah. Anak aku Amira nampak dah tak pucat sangat. Nafas pun tak berapa nak laju. Doktor periksa kembali Amira. Doktor kata boleh balik. Tapi dia suggest setiap 6 jam kena buat nebulizer. Ikut keadaan anak macam mana. Kalau okay, tak payah nebulizer pun takpa. Aku jadi lega. Alhamdulillah.

Pesan aku kat ibu bapa yang duduk kawasan pedalaman kampung2 macam aku, kena tahu klinik mana buka waktu malam. So kalau ada emergency ada tempat untuk dituju. Memang plan aku malam tu, kalau tak jumpa klinik yang buka, aku akan terus ke Hospital Sungai Petani lalu highway (cepat sket). Tapi biasa kalau hospital ni kena tunggu lama. Terima kasih Dr Najmi dari Poliklinik Mesra. Memang mesra layanan mu. Budimu kan ku kenang.

Bagi pembaca dari area Gurun Yan atau Sik, di bawah ni merupakan detail Poliklinik Mesra yang aku pi tu. Boleh la roger kalau-kalau perlukan rawatan bila-bila. Pesara dapat 10% diskaun. Tolong viralkan. Abang Mi.

2
3
4

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Johar Isa says:

    Kes PENAT @ Athma kalau p Hospital.. terus masuk ja.. kalau tak pernah penat atau bawak patient penat p hospital.. jgn ckp servis lambat. Yg tenat didahulukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *