Bawa Ayah Pi Dapatkan Rawatan Di Klinik Ni. Tengok Bil Je Buat Aku TERDUDUK !!!

| August 9, 2016 | 0 Comments

Bawa Ayah Pi Dapatkan Rawatan Di Klinik Ni. Tengok Bil Je Buat Aku TERDUDUK !!! | Terima kasih admin sebab approve kisah aku ni. Nama aku Din. Umur aku 26 tahun. Aku anak bongsu dari 3 beradik. Dan aku belum kahwin (saja nak promote hehe). Lepas grad dari UTM, aku terus dapat kerja di pantai timur semenanjung. Dan kerja tu pulak tak menentu. Kadang2 kena duduk sebulan kat tengah laut.

1

Nak dijadikan cerita, time raya aritu aku tak dapat cuti untung balik kampung. Al maklum la “budak baru”. So cuti dibekukan dan aku kena stay kerja. Sedih juga tak dapat bersama-sama keluarga meraikan hari lebaran. Nak buat camna kan. Tapi alhamdulillah, 2 minggu lepas bos bagi cuti panjang. So aku balik la rumah mak ayah di Taman Ria Mesra, Gurun, Kedah.

Adik beradik lain takde di rumah. Tinggal mak ayah. Sian aku tengok mak ayah sunyi kat rumah. Ayah pencen askar. Mak suri rumah. Kakak sulung dan famili menetap di Ipoh. Abang pula kerja di Johor. So bila aku balik, mak ayah pun sangat happy. Ayah beli petai dan aku pula beli udang berkilo2 di pasar. Mak pun masak la sedap-sedap. Udang masak petai memang feveret aku.

Nak dijadikan cerita. Keesokan harinya ayah jalan terhencot-hencot. Ah sudah. Pasai apa pulak. Semalam okay je.

“Ayah kamu tu lupa makan ubat gout. Serupa kamu la. Seronok sangat melantak udang dan petai.”, kata emak tanpa dipinta.

Aku tengok kaki ayah bengkak merah-merah. Ayah tampak tenang je tapi aku tau ayah sangat sakit. Dia memang dah tak boleh jalan. Aku pun bukan tahu banyak sangat pasal penyakit ayah ni. Al maklum la dari kecik asyik dok jauh dari keluarga. Pastu aku tanya mak nak buat camna ni. Takkan nak biarkan ayah sakit macam ni.

“Jom siap-siap, kalau ayah kena gout selalu kami pi klinik kat Taman Ria Mesra 2 tu ha. Doktor tu leh cucuk ubat bagi lega”.

Sebelum ni aku sangat manja, tapi sejak dah kerja ni, aku dah rasa tanggungjawab sebagai anak. Dalam kereta on the way pi klinik tu aku bagitau mak ayah. “Nanti mak ayah takyah susah-susah ye. Biar saya bayar bil rawatan ayah ni nanti ye.” Mak hanya senyum je. Tapi ayah nampak sangat tak selesa. Menahan sakit. Orang kata sakit gout ni macam kena cucuk dengan 1000 jarum. Entah la.

Aku papah ayah masuk klinik. Poliklinik Mesra. First time aku gi sini. Ramai juga pesakit pagi tu. Tapi takpa. Kami tunggu dan dipanggil masuk jumpa doktor. Doktor cucuk ubat kat kaki ayah dan diminta rehat kembali di luar 15 minit. Sambil tunggu tu aku beli la roti dan air minuman untuk mak ayah kat kedai runcit di sebelah.

Pastu ayah nak gi toilet, aku pun nak papah ayah macam sebelum ni. Ayah kata tak payah. Pastu ayah terus berlalu pi toilet. Eh eh ayah dah boleh jalan dah. Tak terhencot-hencot lagi. Ajaib sungguh ubat doktor ni. Aku ke kaunter nak buat bayaran. Dalam otak aku, mesti mahal ubat ajaib doktor tu. Aku dah standby RM150. Aku pun mana pernah bayar bil klinik sebelum ni. Suspen jugak. Kakak tu pun bagi aku bil. Aku belek-belek bil tu. Eh Eh Eh. Total bil semua RM49 je. Siap ada 10% diskaun lagi. Aku tanya kakak tu, 10% diskaun ni pasai apa. Ayah saya selalu amik ubat ajaib tu ke sampai boleh bagi diskaun.

13925228_735799373226087_3455307626438227103_n

“Eh adik tak tau ke, klinik kami memang ada promosi 10% diskaun untuk warga pesara yang mai”

Ooo macam tu ke. Tak pernah tau pulak klinik baik hati camni. Lepas tu kami pun pulang. Tak abis lagi tau. Part ni aku nak cerita paling best. Dalam kereta tiba-tiba mak kat belakang cakap, “terima kasih nak”. Hati aku berbunga. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin ini lah perasaan bahagian orang yang berbakti kat mak ayah. Alhamdulillah. Semoga aku terus istiqamah membahagiakan mak ayah aku yang susah-susah besarkan aku. END. Din Orang Minyak. P/S Bagi yang duduk tanya kat mana klinik ni, boleh tengok info di bawah ni.

2
3
4

Save

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *