Baru Kerja 3 Hari di Syarikat GERGASI Malaysia Ni Aku DIPECAT. Jangan Korang TERKEJUT Puncanya !!!

| August 29, 2016 | 1 Comment

Baru Kerja 3 Hari di Syarikat GERGASI Malaysia Ni Aku DIPECAT. Jangan Korang TERKEJUT Puncanya !!! | Salam semua. Terima kasih banyak2 admin tolong siarkan ni. Aku ex-uia, baru grad haritu. Menunggu convo je ni. Sape yang baca dan rasa2 kenal aku ni, sebab aku dah story kat beberapa orang, harap dirahsiakan la ye eh.

1
Sekadar gambar hiasan je ye.

Sejak grad haritu, hampir setiap hari keje aku godek internet, mencari kerja kosong. Almaklumlah, study pun course orang tak penah dengar. Carik kerja pun susah. Berbulan lamanya menganggur. Nak tak nak, duit simpanan sepanjang belajar dah habis, terpaksa lah aku pulang ke rumah, kampung halaman walaupun takde keje.

Nak dijadikan cerita, sedang kawan2 seangkatan aku dipanggil interview ke hulu-ke hilir, tak lupa juga ada yang dah jadi somebody big walau baru grad, rezeki masing2 kan, aku pula baru dapat diterima kerja sebagai temporary staff kat salah satu private company yang besar gila bapak kat Malaysia ni, dan menempa nama di dunia jugaklah. But only as temporary staff. Diorang terima aku pun sebab takde pilihan, terpaksa, tak cukup orang. Interview tak sampai 5 minit. Gaji pun minimum, only RM1k. Oklah, aku pun fresh grad, takde pengalaman. Belajar dari bawah. Sign contract until end of this year.

Maka, bermulalah episod aku di dunia realiti.

Boss aku ada tanye staff dia, kenapa orang selalu lari dari company ni? Even the permanent staff quit, gaji banyak. Temps apatah lagi. Kejap2 lari, ganti orang. Aku pun pelik, company ni punye lah famous dan gah. Takat nak lompat gaji dari 1k ke 5k tu sekejap je. Serius, satu dunia tau. Hakikatnya, bila aku kerja, baru aku tau kenapa orang lari…

Bila aku start keje je. Boss aku tu suka menghina dan merendah2kan staff dia. Macam2 dia cakap, racist, takde hormat sikit pun. Pulak tu, aku dari UIA. Asyik kena bahan je. Aku tengah buat kerja senyap2, dia tiba2 shotgun aku, too Islamic lah, too nerd, confirm masuk Neraka. Wadeheck man? Dia memang takde sensitivity bab religion ni. Aku tak penah clubbing, tak penah minum arak. Orang lain kat company tu sangat open. Perempuan merokok. Staff in open relationship. Semua orang merokok, aku pulak tak smoke, tak tahan asap rokok. Homosexual relationship macam takde ape, common. Scandal lagiii lah normal. How did I knew this kind of story? Diorang bercerita tak sorok pun. Bak kata boss aku tu, bitching (whining) all around.

Work station aku, meja aku nuuun jauh duduk sorang-sorang kat tepi pintu. Orang lain semua diletakkan berkumpul. Diorang get along just fine, sembang-sembang. Aku angkat kepala baru senyum, tring to blend in. Kena marah dengan bos and senior kat situ, sambung buat kerja. Walhal aku kerja non-stop dari pagi, nak rehat pun dia tak bagi (lapar siot, kena tahan sampai 6.30 baru habis kerja, boleh balik), diorang lak boleh breakfast, lunch, break untuk smoke, etc.

On the 3rd day, aku dah tak tahan. Memang tak selesa kerja kat situ. Kena pulau dengan semua orang. Staff sosial gila. Not to mention, line kerja aku ni nanti kena masuk pub where they serve liquor, alchohol. Bos pulak asyik maki hamun, insulting for fun, tanye soalan yang 18 sx, pl & pa. Aku ni agak cacat fizikal sikit, dia panggil aku budak OKU. Terus aku snap. I want to quit. Tapi dia tak bagi aku quit.

So, aku terus contact HR. Either aku terus kerja kat situ, or we terminate (pecat) aku, which will burukkan rekod aku yang masih fresh ni. Nanti akan susah cari kerja lain.

Aku tak fikir panjang. Terus aku lari dari situ. Dalam 3 hari, rasa macam takde maruah di hina dan dipermainkan. Boleh pulak tu melawak pasal agama? Serius aku rasa macam hellhole je 3 hari tu. Pub? Aku mula mempersoalkan hukum-hakam, boleh ke tak line kerja aku ni. Ala-ala clerk je, tapi is it fine? Tak sanggup aku amik risiko. Silap langkah, berdosa.

Aku tulis berterabur betul. Lama tak mengarang. Banyak lagi yang jadi dalam tempoh 3 hari tu. Tapi tak dapat story semua. So, in the end, aku kembali menganggur.. Mohon tolong basuh aku ni. Aku tak tau tindakan aku ni betul ke tak. Aku perlukan nasihat. Terima kasih. – Encik Tiang via IIUM.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: REALITI HIDUP

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Altamis Alrahmi says:

    Emmm… just pandangn je la,… sabar kunci kejayaan…kpa tak tunjuk kan cara org Islam yg sebenar kpd mereka…cuba banyakkan baca kisah2 Rasullulah,perjalanan hidup Rasullulah… InshaAllah kt situ ada jawapan nya… don’t worry, Islam is perfect,..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *