Surat Terbuka Gadis Ni Kepada Faizz Nur Sangat PEDAS Tapi Buat Ramai SETUJU !!!

| October 20, 2016 | 0 Comments

Surat Terbuka Gadis Ni Kepada Faizz Nur Sangat PEDAS Tapi Buat Ramai SETUJU !!! | Ramai maki hamun Faizz Nur apabila kantoi kisahnya seperti yang didedahkan oleh kakaknya. Rentetaan itu, seorang netizen bernama Zazilah Nor, menulis satu coretan yang sangat rasional kepada Faizz Nur demi mencari kebenaran. Baca sendiri surat tu.

1

Kehadapan saudara Faizz Nur

1. Pertama-tamanya, saya nak ajak anda, marilah bertaqwa Allah dengan sebenar-benar taqwa. Anda mungkin mendengarnya seminggu sekali ketika khutbah Jumaat. Tapi mungkin khatib tak translate kepada bahasa melayu jadi anda tak faham. Saya sedar anda orang yang soleh dan muslim sejati, takkan tidur masa khutbah, atau takkan ponteng solat Jumaat.

Saya bukan nak menuduh atau menuding jari, cuma nak kepastian.

2. Kalau betul bahawa isu anda songlap duit sumbangan orang ramai untuk anak-anak yatim piatu tu adalah fitnah, maka kami semua cuma mengharapkan agar ditunjukkan bukti untuk anda defend diri anda. Apa yang kami perlu cumalah:

A. Statement akaun bank anda.
B. Bukti transfer kredit debit ke/dari akaun anda.

Kedua-dua ini diperlukan agar menjadi jelas:

A. Anda TIDAK USIK LANGSUNG duit sumbangan orang ramai itu untuk kegunaan anda sendiri.
B. Jika ada guna, dapat dipastikan samada anda gunakan untuk anak-anak buah anda atau tidak.

3. Adakah benar anda kata pada kakak anda, “mufti wilayah kata duit dalam akaun anda adalah hak anda”..? Kalau ya, tahukah anda bahawa anda telah memanipulasi statement Mufti Wilayah Dr Zulkifli al Bakri? Dr Zul dah jawab dan jelaskan di status beliau pagi tadi. Rujuk page FB rasmi beliau.

Jika anda tidak pernah berkata sedemikian, maka anda berada di pihak yang benar (dalam isu statement Dr Zulkifli). Tapi bagaimana mungkin kakak anda tiba-tiba terfikir nak reka cerita (jika anda benar) dengan mem-pointkan isu pada statement Dr Zul secara tiba-tiba?

4. Anda bawa isu ini ke mahkamah. Ada dua isu dalam perkara ni:

A. Anda pasti akan menang di mahkamah. Sebab duit dimasukkan ke dalam akaun anda. Secara black and white nya, ia adalah duit milik anda. Tapi sebenarnya tidak, pada sudut syarak. Kerana inilah saya pesan awal-awal, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar taqwa. Sebab jika anda takut Allah, anda takut untuk seleweng duit sumbangan walaupun duit tu dalam akaun anda.
B. Ini masalah keluarga. Bukan isu besar pun seperti rogol atau sumbang mahram atau kes bunuh. Hanya kes fitnah. Anda rasa difitnah, cukup anda bawa bukti dan tunjuk, duit sumbangan masih ada dalam akaun anda dan anda tak usik sikit pun untuk kegunaan anda.

Jangan menyusahkan kakak anda untuk naik turun mahkamah, bayar lawyer bagai, sedangkan kakak anda dah susah menjaga anak-anak arwah yang yatim piatu. Jangan tambahkan kesusahan dia. Tarik lah balik kes.

5. Dulu masa sidang media, anda janji untuk jaga anak-anak arwah. Anda nak cepatkan perkahwinan anda, kononnya sebab nak jaga anak-anak arwah bersama bakal isteri. Tapi sekarang, saya cuma nak tau, siapa jaga anak-anak arwah? Anda atau kakak anda?

6. Kenapa anda hidup mewah siap ambil gambar dengan duit note 50 diikat beratus-ratus keping atas meja dan diupload ke FB? Apa tujuannya?

Penutup

Saya berharap anda sebagai lelaki soleh dan zuhud, berada di pihak benar. Diharap benarlah anda tidak seleweng duit sumbangan orang ramai sebanyak 300k. Hanya 12k diberi kepada anak-anak arwah.

Saya bersangka baik, anda memasukkan semua duit sumbangan ke dalam investment scheme yang sahih, seperti ASB atau unit trust, dan dividen keuntungan anda beri pada anak-anak arwah 1k sebulan (tu pasal kot dorang dapat 12k). Jika ya, anda bijak. Sebab 300k tak terusik dalam masa sama keuntungannya diberi kepada anak-anak saudara.

Namun jika sebaliknya, saya doakan anda bertaubat dan menyalurkan duit tersebut kepada mereka yang lebih amanah.

Wallahu ta’ala a’lam. FB Zazilah Nor di FB Faizz Nur.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Save

Save

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: REALITI HIDUP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *