Adik Aku Tiba2 Nak BERHENTI ROKOK. Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!!

| November 21, 2016 | 0 Comments

Adik Aku Tiba2 Nak BERHENTI ROKOK. Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!! | Nama aku Najwa. Aku ada adik yang sangat tegar merokok. Adik lelaki aku yang bongsu. Dia tingkatan empat sekolah dekat area selayang je. Kalau merokok tu memang tak boleh berhenti dah orang kata. Degil. Susah. Liat. Dia ni pula mula merokok bila berkawan dengan satu geng ni. Mama dan abah aku memang pantang kalau anak lelaki hisap rokok. Tapi dia ni terlepas pandang sampai satu hari aku jumpa mancis dalam beg dia masa aku kemaskan bilik dia. Manalah aku nak expect dia hisap rokok. Orang sekarang guna lighter.

1

Perkara ni dia dapat sorokkan daripada mama abah lama. Tapi tak lama. Sampai satu masa, dekat baju dia ada satu bau minyak wangi yang busuk sangat. Aku serkap jarang je. Sekali betul. Dia hisap rokok dari tingkatan tiga. Lepas hisap, dia sapu perfume. Aku sebagai kakak memang marah, mengamuk. Sampailah mama abah aku tahu. Memang azablah dia. Tak boleh keluar lepak, tak boleh makan sedap, semuanya tak boleh. Budak tengah membesar. Memberontak tak payah nak cakaplah. Budak lelaki pulak tu. Masa zaman aku kecil-kecil makan benda yang mama abah tak bagi pun kena cili mulut. Contohnya? Makan maggi.

Mama abah aku suka bagi denda time out. Mereka berdua tak akan bercakap dengan adik aku ni. Adik aku ni buat selamba gajah dia je. Buat macam tak ada apa yang jadi. Tapi dia tetap dengan aktiviti harian dia. Merokok. Bila aku mula selidik, dia kata dia merokok sehari 10-12 batang. Gila ke apa budak ni. Lepas makan merokok, bila tanya kenapa, dia kata syok. Rasa nikmat. Memang membebel jelah aku dekat dia sorang ni. Kadang pernah bagi dia ceramah setiap kali sejam.

Tapi, perangai dia ni pada mulanya aku rasa keterlaluanlah juga. Cepat nak marah, cepat nak melenting, cepat emosi. Sampailah awal bulan 9 hari tu. Dia mula berubah sikit-sikit. Aku pun peliklah. Berubah macam mana? Dia tak keluar rumah sangat, dia tolong abah basuk kereta, lepas makan mesti makan gula-gula. Selalunya dia akan keluar daripada rumah, katanya nak jumpa kawan. Padahal pergi hisap rokok. Aku pelik tau. Aku takut jugak kalau-kalau perangai dia lain macam ni. Orang tua-tua kata perangai pelik tiba-tiba ni makna dia tak lama dah. Nauzubillah.

Aku pun mulalah menyelidik. Aku ajaklah dia berbual. Aku cakaplah nafas dia dah kurang bau asap. Dia pun selalu duduk dekat rumah tolong mama abah. Kenapa kan. Dia jawab, ‘Adik nak berhenti merokoklah kak.’ Kau tahu perasaan aku masa tu macam mana? Terkejut tak percaya. Aku tanyalah kenapa, sebab awek suruh ke. Dia jawab, ‘Tak, sebab nak jaga kesihatan.’ Aku tak puas hati. Sampailah aku korek rahsia dia. Dia cakap, bulan 8 ada cikgu praktikal masuk sekolah. Baik. Cikgu perempuan. Dalam banyak-banyak cikgu, cikgu ni je yang tak pernah jatuhkan semangat dia. Dia pernah jumpa cikgu ni untuk sesi kaunseling, sebab cikgu ni masuk kelas promote sesi dalam kelas. Cikgu ni bagi flyers dekat budak kelas dia, cikgu ni tampal poster, buat aktiviti dalam kelas. Dia memula datang bilik tu nak kacau cikgu tu je. Tapi, cikgu tu layan elok je. Tak marah-marah. Lembut. First cikgu tu promote ‘Kamu tingkatan empatkan? Nak buat career test dengan cikgu tak?’

Aku risaulah dia tersuka cikgu tu ke apa. Tapi dia kata dia tak suka pun. Dia tak pernah jumpa cikgu yang selalu senyum, susah nak marah-marah. Bila dia marah ibaratkan dia tengah senyum. Mana tak cair anak murid. Pernah adik aku dan geng dia nak kenakan cikgu ni, dia nak pancitkan tayar masa cikgu ni nak balik. Dan acah-acah nak jadi hero la tolong tukarkan tayar spare. Sekali tu, cikgu tu sempat sampai dekat parking kereta dia. Kau tahu apa cikgu tu buat? Dia senyum, dia bagi duit syiling dekat adik aku. Adik aku tanyalah, nak buat apa. Dia suruh gores dan menang dekat body kereta dia. Memang tak lah adik aku nak buatkan. Dia tu acah-acah je gengster tapi hati jambu.

Pernah dalam kelas, budak kelas adik aku bila cikgu ni masuk kelas kawan-kawan dia keluar ikut pintu belakang. Buat tak tahu je. Cikgu ni senyum, pergi dekat belakang panggil masuk, katanya nak main. Budak lelaki, biasalah cikgu cantik panggil memanglah buat makin gedik. Bila cikgu tu cakap nak kunci pintu baru berlari masuk. Pernah diorang lambat masuk kelas cikgu tu, cikgu tu bagi nota ‘Belajar rajin-rajin. Kamu boleh!’ Cikgu ni masuk kelas buat main play dough, melukis, buat benda-benda peliklah. Yang boleh tarik minat budak sekolah. Tapi dalam masa yang sama ada input yang adik aku dapat. Pengurusan masa. Cara tangani stress. Banyak benda dia cerita tapi aku lupa. Yang aku ingat, adik aku kata mula-mula dia nampak cikgu ni dekat tapak perhimpunan. Pakai baju kuning, tudung hijau. Bila pengetua kenalkan dia, bukan main semua budak lelaki bersorak bila pengetua cakap ‘masih single’. Pengetua pun sama naik lawak.

Pertama kali cikgu ni kenalkan diri, mesti mulakan ‘Nama diberi dan diterima, bla bla bla. Asal bla bla. Anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Menetap di Gombak. Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Akan berkhidmat di sini selama 7 minggu bermula bla bla bla.’ Adik aku bercakap dan tiru mimik muka cikgu tu, aku yang perempuan ni bayang pun cair. Aku tanyalah adik aku, betul ke cikgu tu? Ke hantu? Baik lain macam je. Setahu aku masa aku Uia dulu tak ada pun kos kaunseling ni. Kos ni baru lagi ke? Aneh.

Berbalik kepada cerita merokok. Menyimpang jauh aku. Adik aku masuk sesi kaunseling untuk kurangkan merokok dan kalau boleh dia nak berhenti. Bila cikgu tu bawa dia masuk kaunseling dia belajar cara untuk lawan nafsu merokok dia tu. Dia belajar reward dan punishment. Dia belajar behavior modification. Dia belajar play therapy. Even aku sendiri tak tahu apa maksud benda alah ni semua. Tapi benda tu membantu dia untuk kurangkan merokok. Contohnya, bila dia rasa nak merokok, dia akan cari gula-gula untuk makan. Dalam sehari dapat kurangkan kuantiti rokok, dia akan dapat reward. Contoh makan aiskrim. Dan dia ada jadual aktiviti merokok dia sendiri. Boleh kira dekat situ berapa batang dia hisap. Graf berkurang ke tak. Budak lelaki nak disiplin ni bukan senang.

Nak tahu kenapa dia kemas rumah, basuk kereta semua? Punishment sebab langgar kontrak. Dia curi hisap rokok. Atau terlebih hisap daripada jangkaan sebenar. Dia cakap mula-mula memang susah. Adik aku daripada tak suka makan sayur dia boleh makan sayur. Daripada suka mcd kfc pizza dia boleh kurangkan fast food. Kadang-kadang aku risau. Sebab takut dia tersuka cikgu ni. Cikgu ni memanglah tak tua, dia pernah melawak umur tak beza banyak pun, 7 tahun je. Tapi aku tak nak lah dia berubah sebab nak tackle cikgu ke apa. Nanti cikgu tu nak nya dah ada pakwe. Mati adik aku. Frust menonggeng payah jugak.

Bila di asak dan di tanya. Dia minta aku rahsiakan. Dia jadikan cikgu tu sebagai motivasi untuk dia. Dari dulu sekolah dia selalu kena marah dengan cikgu. Cikgu selalu kata dia pemalas, tak ada masa depan. Tapi lepas dia jumpa cikgu ni, cikgu ni cakap dia punya masa depan cerah. Jadi je nak jadi apa. Adik aku ni suka memasak. Jadi dia nak jadi chef. Cikgu ni pujuk dia boleh, buka restoran, belajar masak, ambil sijil kalau result kurang memuaskan, kalau result okay sambung ipta/ipts atau kolej. Aku sendiri pun tak pernah pujuk adik aku sampai macam tu sekali. Loser nya aku rasa. Tak mampu nak jaga adik sendiri punya perasaan. Adik aku yang suka serong (ponteng) pun boleh duduk dalam kelas dan mula belajar.

Adik aku cakap, cikgu ni selalu bagi dekat budak kelas kata-kata motivasi. ‘Semua orang layak terima peluang kedua.’ Adik aku cakap, cikgu ni pernah kecewa dalam banyak benda. Pernah gagal belajar. Pernah kecewa bercinta. Pernah kena tikam belakang. Tapi dia gagahkan diri lawan arus dan bangkit. Kalau aku nak cerita pun panjang. Dan aku rasa tak semua aku boleh cerita. Dan tak semua aku ingat.

Cuma aku bangga bila ada lagi seorang pendidik yang sanggup tolong adik aku. Sekarang bulan 11, adik aku dulunya yang hidap rokok 10-12 batang sehari berjaya kurangkan dan kawal nafsu rokok dia kepada 3-4 batang sehari sahaja. Doakan agar adik aku boleh berhenti dengan cepat. Sebab mama abah aku masih marahkan dia. Buat cikgu, terima kasih juga sebab berjaya jadi cikgu yang baik. Teruskan legasi, dan teruskan cara penyebaran motivasi dekat pelajar-pelajar. Walaupun dulu aku tak suka cikgu kaunseling, tapi sekarang aku rasa Uia mampu melahirkan produk bakal-bakal cikgu yang mampu menangani keadaan dan sikap remaja sekarang. Tahniah buat Kulliyyah of Education, Uia! Aku baru google website untuk cari kulliyyah ni. Hahahaha.

Dari aku, Najwa, kakak Naim via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH HIJRAH

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *