2 Bulan Tak Balik. Sampai Rumah Je Kami TERKEJUT Bila Dapati Mak Dah……

| May 11, 2017 | 1 Comment

2 Bulan Tak Balik. Sampai Rumah Je Kami TERKEJUT Bila Dapati Mak Dah…… | Thanks admin sebab approve cerita. Nama aku Farhan. Aku kerja sebagai cikgu di sebuah sekolah kat area Kuala Lumpur. Tapi sebenarnya aku asal dari Guar Chempedak Kedah. Bagi orang luar, mesti dalam otak korang terfikir sebuah gua yang mempunyai pokok cempedak kan? Dulu masa kecil dulu pun aku terfikir camtu gak. Tapi makna guar tu bukan gua tetapi adalah bukit kecil. Ala-ala macam busut. Jadi makna sebenar kampung halaman aku ni bukan lah pokok cempedak dalam gua tetapi sebenarnya adalah pokok cempedak atas busut. (Ko jangan tanya pulak busut tu apa, sila google ye). Hehe.


Sekadar Gambar Hiasan.

Eh eh merapu pulak aku. Aku sebenarnya nak cerita pasal pengalaman aku ketika balik kampung baru-baru ni. Aku anak tunggal mak ayah aku. Dah berkeluarga. Isteri masih seorang dan anak ada dua orang. Memang selalu bila kami balik memang seronok la depa. Kereta masuk laman je mereka berdua dah keluar sambut. Ye lah rumah yang sunyi mula jadi hingaq (bising), riuh rendah dengan suara cucu-cucu bermain. Tapi kali ni macam tak sedap hati. Sampai-sampai umah ayah, sunyi je aku tengok. Pergi mana pulak orang tua ni. Lepas bagi salam takde sahutan. Aku pun suruh la anak aku no 1 aku Aiman gi masuk rumah. Pintu tak berkunci. Pastu baru dengar mak jawab salam. Dalam hati aku sakit ke mak ayah.

Masuk je rumah aku terkejut bila tengok mak dah jalan bertongkat !! Makkkkk. Apa jadi mak. Ayah mula jawab, “Mak kau tu entah napa seminggu dua ni selalu berdenyut-denyut kaki, pastu takleh nak jalan jauh. So tu la bertongkat”.

Mak ayah memang ada penyakit kencing manis. Selama ni paras gula depa terkawal je. Aku pun memang selalu call tanya khabar dan kesihatan mereka. Mereka jawab okay-okay je. Tapi balik kali ni aku nampak mereka berdua ni macam tak larat je. Ada yang tak kena. Mak dok bagitau selalu kebas-kebas kaki dan nak jalan pun tak larat, kena pakai tongkat. Kerap gak kaki cramp terutama waktu pagi. Ayah pun lebih kurang je, walau jalan tak bertongkat tapi jalan sket dah semput. Dok mengadu badan panas. Dan paling aku perasan ayah macam sedikit baran huhu. Cepat emosi tersentuh huhu. Bila selalu marah-marah ni, maka makin kerap la ayah gi merokok.

Aku pun tanya mak ayah, ada makan ubat kencing manis tak. Sekali lagi aku terkejut bila mak ayah bagitau mereka dah berhenti makan sejak sebulan lepas. Adoi. Sebab ubat-ubat tu dah expired. Pastu nak pergi ambil ubat baru kat klinik macam payah pulak. Sebab ayah susah nak drive. Mata macam dah makin tak nampak. Aku pun mula la macam nak marah. Tapi nak marah kat sapa pun tak tahu huhu. Cuti pendek je ni. Jadi aku kesuntukan masa. Nak gi hospital akan makan masa yang lama. Pendek cerita aku tanya member lama, Meor. Dia cadang untuk bawah mak ayah gi Poliklinik Mesra kat Taman Ria Mesra II. Rawatan kencing manis kat klinik tu katanya bagus. Pernah viral beberapa kali di FB. Lagipun tak jauh sangat kat rumah aku.

Aku datang klinik tu waktu tengahari. Lepas doktor check mak ayah dan buat catatan, aku terkejut bila diberitahu mak ayah aku dah mula develop simpton kencing manis tahap bahaya. Ah sudah. Doktor tu tambah nasib baik datang bawa awal. Kalau tunggu seminggu dua lagi tak tahu la apa akan jadi. Solusinya doktor bagi ubat galvusmet dan ubat kolesterol untuk mak ayah aku. Tapi ada tambahan ubat cair darah untuk ayah. Aku tanya kenapa doktor ayah ada extra pulak ? Doktor jawab ayah merokok so memang darah akan jadi lebih pekat. Jadi ubat cair darah tu nak bagi kurang pekat nak elak risiko serangan sakit jantung dan stroke. Dalam hati aku bagus doktor ni cite panjang lebar.

Pastu aku saja la cite kat doktor masalah mak ayah aku yang susah nak ambil ubat. Aku pulak dok jauh di KL. Jarang-jarang boleh balik. Bukan nak jawab tapi doktor tanya aku pulak, “Agak-agak boleh balik setiap 4 bulan sekali tak untuk bawa mak ayah buat pemeriksaan berkala kencing manis”. Mesti lah boleh. Sebab memang rutin aku akan balik kampung setiap 2-3 bulan sekali. Pastu doktor tambah, ubat tu takde masalah. Sebab klinik memang ada menyediakan perkhidmatan poslaju ubat kepada pesakit, cumanya setiap 4 bulan pesakit kena datang untuk buat pemeriksaan susulan je. Wahhh. Aku ingat barang-barang beli online je boleh poslaju. Ni ubat pun boleh. Perghh mantap servis klinik zaman sekarang ni ye.

Thanks Meor sebab cadangkan klinik ni kat aku. Alhamdulillah lepas 3 bulan aku balik kampung, mak dah tak pakai tongkat untuk berjalan. Dan ayah pun makin cool. Dia masih merokok cuma kuantiti dah berkurang. Mereka sungguh ceria, muda 10 tahun tampaknya huhu. Dalam tempoh aku kat KL, mak ada cerita yang klinik ada la call sekali tanya khabar. Hebat servis camni. Bawah ni maklumat klinik tu. Jangan cakap abang tak payung pulak ye. – Cikgu Farhan via IIUM.

2
3
4
4

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mohd Aswad says:

    Pergh.. Mmg suspen baca tajuk cerita ni..

    Huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *