Ustaz Izhar – Ini BUKTI Kita Semua Sedang Berada Di Ambang Akhir Zaman…

| December 20, 2017 | 2 Comments

Ustaz Izhar – Ini BUKTI Kita Semua Sedang Berada Di Ambang Akhir Zaman… | Saya Luv Islam – Bukti kita semua sedang berada di ambang akhir zaman. Jom baca hujah ustaz. Kongsikan.

PALESTIN TIDAK DAPAT DILINDUNGI

PENGIKTIRAFAN Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump jelas menggambarkan dunia kini berada di ambang akhir zaman.

Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, penaklukan Baitulmaqdis oleh Israel benar-benar membuktikan bahawa zaman ini sudah berada di penghujungnya. “Bukti utamanya ialah umat Islam begitu lemah sekali , meskipun ramai bagai buih di lautan tetapi tidak berdaya mempertahankan sebuah negara kecil seperti Palestin.

“Lihatlah sebuah negara kerdil seperti Palestin tidak dapat dipelihara daripada cengkaman Trump, Zionis dan Israel,” katanya kepada Sinar Harian.

UMAT ISLAM TAK BERSATU

Bahkan menurut beliau lagi, dalil kedua yang memaparkan kita sedang berdepan petanda akhir zaman ialah umat Islam bertelagah sesama sendiri.

“Tiada lagi perpaduan dalam memperjuangkan agama Islam, ini agama ALLAH.

“Buktinya, perbalahan yang berlaku di Syria, Yaman dan Libya jelas menunjukkan orang Islam tidak kuat,” jelasnya.

Mohd Izhar Ariff berkata, al-Quran menyebut kekuatan kamu akan hilang apabila perbalahan menyelubungi umat Islam.

PALESTIN DIPERKOTAK KATIKKAN

“Puncanya Palestin jadi satu objek mainan, isu ini diambil enteng oleh umat Islam sehingga ia terlepas kepada Israel dan Trump.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara Islam seluruh dunia bukan sahaja Malaysia menyuarakan kelantangan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan ini sebagai

sangat zalim dan tidak adil. Tindakan mereka jelas kuku besi dan kini Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang membincangkan isu ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurutnya, umat Islam seluruh dunia diseru menyatakan bantahan di laman-laman sosial anti- Israel dan mereka tidak sepatutnya mengambil hak rakyat Palestin.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: AKHIR ZAMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *