Tindakan Terkini PBB Terhadap Korea Utara Buat Dunia Islam MARAH

| December 23, 2017 | 2 Comments

Tindakan Terkini PBB Terhadap Korea Utara Buat Dunia Islam MARAH | Saya Luv Islam – Di saat dunia Islam gembira dengan keputusan undi negara-negara dunia terhadap isu Baitulmaqdis, PBB buat “sesuatu” terhadap Korea Utara buat dunia Islam jadi marah pulak. Mana taknya, mereka luluskan….

SEKATAN BARU BUAT KOREA UTARA

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara bersetuju menguatkuasakan sekatan baharu terhadap Korea Utara, susulan ujian peluru berpandu balistik antara benua pada 29 November lalu.

Sekatan itu, sekali gus akan mengehadkan penyaluran bekalan produk berasaskan petroleum dan minyak mentah serta pendapatan yang disalurkan oleh warganya yang bekerja di luar negara.

Resolusi UNSC yang memperoleh 15 undian bertujuan melarang hampir 90 peratus eksport produk petroleum yang ditapis ke Korea Utara kepada 500,000 tong setahun.

Ia turut menuntut supaya proses penghantaran pulang warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan dan bukannya 12 bulan seperti yang dicadangkan sebelum ini.

KOMEN TRUMP

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika mengulas mengenai sekatan terbaharu terhadap Pyongyang itu berkata: “Dunia mahukan keamanan dan bukannya kematian”.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memperluaskan sekatan terhadap Korea Utara, selepas ia melancarkan ujian peluru berpandu berturut-turut.

Tindakan itu dikenakan ke atas 18 pegawai rejim berkenaan dan entiti ketika Amerika Syarikat (AS) berjanji bertindak balas ke atas ujian misil dan nuklear Pyongyang ‘dengan cara lain’, jika terpaksa.

SEKATAN TERHADAP INDIVIDU DAN SYARIKAT KOREA UTARA

Majlis Keselamatan sebulat suara meluluskan resolusi dirangka yang meletakkan ketua pengintip Korea Utara, 13 pegawai lain dan empat entiti dalam senarai hitam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengenakan larangan melakukan kunjungan dan pembekuan aset.

Ia adalah resolusi pertama dipersetujui Amerika Syarikat dan satu-satunya sekutu utama Pyongyang, China sejak Presiden Donald Trump mengambil jawatan presiden.

Selain individu, entiti lain adalah Koryo Bank dan Pasukan Roket Strategik Tentera Korea.

Menurut data kerajaan Korea Selatan, Koryo Bank dari Korea Utara mengendalikan transaksi asing untuk Office 38, badan samaran yang menguruskan dana persendirian untuk kepimpinan Korea Utara.

Langkah yang diambil semalam itu dipersetujui jawatankuasa sekatan Korea Utara dalam mesyuarat tertutup, tetapi Washington meyakinkan China supaya menyokong undian umum mengenai senarai hitam, menunjukkan rasa tidak puas hati majlis itu dengan tindakan Pyongyang melanggar larangan badan dunia itu ke atas pelancaran misil balistik

Sumber : Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: DUNIA ISLAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *