Ayah Nak BEDAH Mata Tapi Bila Jumpa Doktor Je Aku Pulak Yang Kena. Puncanya MENGEJUTKAN

| January 2, 2018 | 2 Comments

Ayah Nak BEDAH Mata Tapi Bila Jumpa Doktor Je Aku Pulak Yang Kena. Puncanya MENGEJUTKAN | Salam admin. Terima kasih kerana luluskan cerita aku ni. Aku ada cerita “pelik” nak dikongsikan ni. Mungkin ada kata rezeki, ada kata dah takdirnya dan macam-macam la orang akan kata.

Ayah aku ni dari muda sekolah rendah dah pakai spek mata, kira rabun jauh la. Ni ikut cerita dari dia la. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang jugak la huhu. Dia memang hidup susah dari kecil lagi. Al maklum la budak kampung, sekolah pun kat ceruk ladang getah. Tapi alhamdulillah ayah aku ni jenis rajin belajar dan alhamdulillah dapat la sambung belajar tinggi sampai ke luar negara.

AYAH NAK BEDAH LASIK RAWAT RABUN JAUH

Balik-balik Malaysia je terus dapat kerja. Alhamdulillah. Kerja jurutera kat sebuah syarikat di belah utara Malaysia. 25 tahun kerja, sekarang umur ayah aku pun dah masuk umur 50 tahun.

Jadi sebab aritu dia kata ada nampak cerita viral pasal ada klinik pakar mata buat rawatan rabun jauh di Facebook dan ramai pulak yang dah sembuh, ayah aku pun teringin nak juga la rawat rabun jauh dia tu. Alang-alang dah tengah ada duit lebih la dikatakan. Dah teringin lama nak buat.

Aritu dia bagitau aku dia tergerak hati nak gi. Nekad. So dia minta aku temankan dia pi Klinik Pakar Mata Abdul Razak kat Sungai Petani tu. Kami duduk di Bertam, Pulau Pinang. Jadi takde la jauh sangat Sungai Petani tu, jadi why not la kan. Lepas buat call buat temujanji dengan klinik tu, ari Isnin kami pun pi la klinik tu untuk buat checkup mata.

Sampai klinik tu, lepas buat checkup mata, optometrist tu bagitau la ayah aku ni umur dah 50 tahun. So far takde masalah. Tapi. Aah ada tapinya. Ayah aku ada kencing manis pulak. Jadi dah tak sesuai untuk jalani rawatan LASIK untuk rabun jauh ni.

AYAH BUAT AKU SUSPEN

Kakak optometrist tambah lagik, pesakit kencing manis pun tak kira berapa umur pun takleh jalani rawatan LASIK ni. Gulp. Sian pulak kat ayah. Maka hampa la ayah aku. Tapi lepas tu ayah aku pandang aku. Lama.

Aku jadi suspen. Pastu dia kata, “Din, ko nak tak buat rawatan LASIK ni?” Aku jadi kaget. Memang betul aku pun pakai spek mata ni. Power dekat 600 kot. Ikut genetik ayah aku gayanya. Mak aku tak pakai spek pun.

Aku mula pakai spek mata sejak sekolah rendah, darjah 5. so dah 7 tahun la aku pakai spek. Sekarang umur aku 18 tahun. Sekarang ayah aku buat tawaran yang sangat menarik. Sebelum aku jawab je ayah aku bagitau kat kakak optometrist tu minta periksa mata aku, sesuai ke dak untuk rawatan LASIK ni. Lepas check2, mata aku memang sesuai. Jadi aku layak untuk jalani rawatan LASIK ni.

REZEKI TAK TERSANGKA

Pastu aku cakap kat ayah aku, aku mana ada duit nak bayar kos rawatan yang agak mahal ni. RM5000 lebih kot. Pastu ayah aku cakap, “Takpe, abah sponsor, alang-alang dah sampai sini”. Secara jujurnya aku tak bersedia pun untuk rawatan LASIK ni. Tapi dah ada tawaran camni, aku pun dengan penuh rasa malu-malu dan buat-buat berani terima sahaja lah offer ayah aku ni.

Dalam hati, “hensem aku bertambah 20% la dah tak pakai spek nanti hihi”. Selang seminggu lepas tu, aku pun jalani rawatan LASIK tu. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lepas bedah 30 minit, mata aku terus boleh nampak jelas tanpa spek mata tapi doktor kena banyak rehat.

Lepas beberapa hari bedah LASIK, aku mula dah boleh biasakan diri dengan mata tanpa penyakit rabun mata. Rezeki Allah nak bagi kan. Siapa sangka. Bangun tidur cari spek mata ? Tidak lagi bagi aku ye. Alhamdulillah.

Sekarang harga untuk rawatan LASIK untuk kedua-dua belah mata adalah RM5,500 sahaja. Tapi kalau betul-betul berminat boleh hubungi FB Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak untuk dapatkan harga diskaun. Boleh call 04-440 4368 / 012-435 8181 / 013-432 1786 untuk temujanji atau pertanyaan.




PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *