Miliki Butang Nuklear. Ni Respon Balas Trump Buat Kim Jong Un CUAK

| January 3, 2018 | 2 Comments

Miliki Butang Nuklear. Ni Respon Balas Trump Buat Kim Jong Un CUAK | Saya Luv Islam – Tahun baru ni viral apabila Kim Jong Un dedah butang nuklear sangat dekat dengan dia. Lepas lama berdiam diri, Trump dedah “sesuatu” buat Kim Jong Un terus cuak…

TRUMP TAK MAHU MENGALAH

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membalas kenyataan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan mengatakan beliau memiliki butang nuklear lebih besar dan berkuasa.

Trump menerusi laman Twitter turut menegaskan butang nuklear miliknya itu juga berfungsi dengan baik.

Kenyataan Trump itu dibuat susulan ucapan Jong-un pada Isnin lalu bahawa Amerika Syarikat kini berada di bawah kawalan senjata nuklear mereka dan butang itu hampir dengannya.

Malah, Jong-un mengakui apa yang didedahkannya itu adalah satu kenyataan, ia bukanlah satu ancaman.

TRUMP ANCAM HENTI BANTUAN PALESTIN

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengakui proses damai Asia Barat terhenti hari ini dan mencadangkan bantuan kepada Palestin yang kini mencecah lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) setahun, dihentikan.

“Kami membayar ratusan juta dolar kepada rakyat Palestin setahun dan tidak mendapat penghargaan atau penghormatan.

“Lagipun, Palestin tidak berminat untuk meneruskan rundingan damai, kenapa kami perlu meneruskan bantuan yang banyak pada masa depan untuk mereka,” tulis Trump di Twitter.

AMERIKA TOLAK AJAKAN DIALOG AMAN KOREA UTARA

Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menolak dialog antara Pyongyang dan Seoul, sekali gus memberi amaran Washington tidak akan tunduk terhadap sebarang permintaan daripada Korea Utara.

“Kami tidak akan menerima sebarang bentuk rundingan dengan serius, jika ia tidak menyentuh langsung mengenai usaha untuk mengharamkan penggunaan segala senjata nuklear di Korea Utara.

“Kami menganggap mereka sebagai satu rejim yang mementingkan diri sendiri, jadi kami tidak fikir kami perlu menerima cadangan itu dengan senyuman.

“Kita perlu memaksa mereka untuk menghentikan penggunaan senjata nuklear dan ia mesti dilakukan sekarang,” kata Haley ketika mengulas mengenai dialog peringkat tertinggi antara Seoul dan Pyongyang minggu depan.

Program nuklear Korea Utara memaksa PBB meningkatkan lagi sekatan terhadap negara itu, susulan kebimbangan tercetusnya konflik nuklear.

Semalam, Korea Selatan mencadangkan satu rundingan diadakan pada 9 Januari ini selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berkata negaranya mungkin menyertai Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang.

Sumber: Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA ISLAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *