Pelakon Tampar Polis. Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku

| January 11, 2018 | 2 Comments

Pelakon Tampar Polis. Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku | Saya Luv Islam – Heboh di media sosial pelakon ditahan atas kesalahan tiba-tiba tampar polis. Mula-mula nak buat report pasal kemalangan, tapi tiba-tiba…

PELAKON DITAHAN POLIS

PELAKON dan pengarah lelaki bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 1.20 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din yang mengesahkan kejadian berkata, suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

TIBA-TIBA TUNJUK WHATSAPP TENTANG…

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian tiba-tiba menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long”, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Susulan itu, pelakon dan pengarah berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

KEMASKINI – SUSPEK POSITIF GANJA

Pelakon yang juga pengarah bergelar Datuk, yang ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara hari ini, dikesan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Mohd Zani berkata, susulan kejadian itu, suspek kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro dan Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *