Isu Pondan. Ini Komen TEGAS Mufti N.9 Buat Ramai SETUJU

| January 18, 2018 | 1 Comment

Isu Pondan. Ini Komen TEGAS Mufti N.9 Buat Ramai SETUJU | Saya Luv Islam – Baru-baru ni viral tentang isu seseorang yang diragui status jantinanya sehingga menarik perhatian JAKIM. Terkini bila ditanya wartawan, ini respon tegas Mufti Negeri Sembilan. Allahu. Baca dan kongsikan.

ORANG SUBAHAT PUN AKAN DILAKNAT

“Bukan sahaja lelaki yang menyerupai perempuan ataupun perempuan menyerupai lelaki itu dilaknat ALLAH, tapi yang menerima perkara itu juga boleh dianggap berdosa kerana bersubahat,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Menurutnya, tindakan masyarakat yang terus memberi perhatian dan sokongan terhadap individu terbabit tanpa melihat dari sudut agama boleh menggalakkan lebih ramai golongan itu menonjolkan diri tanpa rasa malu dan bersalah.

“Kalau lelaki menyerupai perempuan itu kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH. Kalau di Negeri Sembilan jika ada yang dilihat berkelakuan sebegitu secara terbuka, ia sudah boleh didakwa.

MUFTI KECEWA

“Apa yang mengecewakan masyarakat kita kurang celik tentang hukum hakam agama dan tak komited tentang pelaksanaannya menyebabkan perkara seumpama itu dibiarkan kerana sudah dianggap biasa selagi individu itu tidak melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lelaki yang mencari rezeki dalam bidang kosmetik tetapi berpakaian wanita hanya semata-mata untuk melariskan perniagaan.

“Kalau diterima dan dibiarkan golongan ini akan semakin meluas. Tak mustahil akan ada pula yang ikut bila tengok individu sebegini berjaya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tidak menjadi masalah untuk golongan lelaki menjual produk kecantikan atau kosmetik wanita, selagi ia datang dari sumber yang halal.

Selain itu katanya, jika golongan ‘khunsa’ yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat lelaki dan wanita, perlulah berjumpa dengan doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Sumber: Saya Luv Islam via Sinar Harian

PERTEMUAN JAKIM DAN SAJAT

USAHAWAN Kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman berkata, pertemuan beliau dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semalam berlangsung dalam keadaan berhemah dan baik.

Ujar pasangan duet Lagu Abang Nak Tegur itu,selain Jakim turut hadir bersama dalam pertemuan itu adalah kedua iba bapanya.

“Jakim jumpa saya dengan memberi salam yang baik, jadi saya sambut salam itu untuk mereka datang berjumpa saya.

“Alhamdulillah pertemuan dengan Jakim berjalan dengan baik… lancar, tak ada apa-apa isu berbangkit,” katanya kepada Sinar Online.

Katanya pertemuan yang diadakan di Wismanya Nur Sajat, Shah Alam, itu membuahkan hasil yang positif.

“Semuanya berlangsung dalam keadaan harmonis dan baik,” katanya yang memaklumkan bahawa pertemuan berlangsung selama 45 minit.

KOMEN SAJAT

Dalam itu, ketika ditanya mengenai emosi beliau tatkala dijadikan sasaran oleh netizen berkait isu ini, Sajat berkata, dia ‘baik-baik sahaja’.

“Alhamdulillah emosi saya tidak terganggu,normal, saya rasa emosi masyarakat yang terganggu, itu sahaja,” selorohnya.

Sementara ditanya, sama ada akan diadakan pertemuan susulan, Sajat kata, ‘mungkin tiada’.

“Kalau ada pertemuan mungkin dalam bentuk seminar, aktiviti bersama anak tahfiz ke tempat kami, buat doa selamat, doa kesyukuran…berniaga,” katanya.

Dalam pertemuan mereka semalam, pihak Jakim diketuai oleh

Dr Izwan Yusof yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim.

Jakim semalam, memaklumkan bahawa pihak mereka menemui jalan penyelesian selepas pertemuan mereka berakhir.

Sumber : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: SOSIAL

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Isu Pondan. Ini Komen TEGAS Mufti N.9 Buat Ramai SETUJU – CantikNews | January 18, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *