Cikgu Farhana MAUT Dalam Kemalangan. Al Fatihah.

| February 15, 2018 | 1 Comment

Cikgu Farhana MAUT Dalam Kemalangan. Al Fatihah. | Saya Luv Islam – Seorang guru maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Johor. Baca selanjutnya. Al Fatihah.

BERTEMBUNG DENGAN KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA

Seorang guru yang bertugas di Negeri Sembilan maut dalam kemalangan di KM4.5, Jalan Bindu Dalam pada jam 10.30 pagi semalam setelah bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.

Mangsa, Nur Farhana A Razak, 29, yang dikatakan pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat cedera parah.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Jalan Kluang menghala ke Tongkang Pechah sebelum bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan yang memasuki ke laluan bertentangan setelah cuba memotong.

SUAMI, IBU, ANAK PARAH

“Akibat rempuhan terbabit, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut manakala suaminya yang memandu cedera parah selain pemandu pacuan empat roda turut cedera dan dirawat di Hospital Pantai Batu Pahat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, selain mangsa, suaminya, Mohamad Hashim, 31, cedera parah di kepala dan anggota badan.

Katanya, manakala ibunya, Hazah A Kadir, 60, dan anak mangsa, Muhammad Hadif Zafri, 3, serta Muhammad Hafiy Iman, 11, bulan turut cedera dan kini masih dirawat di hospital.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan membabitkan kereta yang dinaiki mangsa bersama keluarga jenis Perodua Myvi dan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan juga bedah siasat sebelum dituntut waris.

PUNCA KEMALANGAN

Katanya, daripada siasatan juga mendapati lokasi kejadian jalan lurus dua lorong dua hala dan garisan putih berkembar memanjang sebagai pemisah lorong selain cuaca juga berkeadaan baik.

“Siasatan turut mendapati punca kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda berkenaan dengan memotong tanpa berhati-hati.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut polis dan disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Cikgu Farhana MAUT Dalam Kemalangan. Al Fatihah. – CantikNews | February 15, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *