5 Terkorban Pasir Jerlus Di Kelantan. Pihak Chalet Akhirnya Buka Mulut. Allahu.

| February 17, 2018 | 3 Comments

5 Terkorban Pasir Jerlus Di Kelantan. Pihak Chalet Akhirnya Buka Mulut. Allahu. | Saya Luv Islam – Keseronokkan beberapa keluarga mandi manda di pantai bertukar terjadi apabila lima maut ditelan pasir jerlus. Lepas lama berdiam diri akhirnya pihak chalet dedah “sesuatu”. Allahu. Baca selanjutnya.

LIMA TERKORBAN

Perkelahan empat keluarga sempena cuti Perayaan Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila lima daripada mereka lemas di pantai di Kampung Tok Bali, di sini.

Dua keluarga dari Tanah Merah dan dua dari Semenyih, Selangor yang menginap di chalet berdekatan, mandi beramai-ramai di pantai sebelum lima daripada mereka dikatakan lemas akibat pasir jerlus.

Mayat Yazul Bahari Yaacob, 46, dan anaknya, Yasmin Nor Aliza, 10, dan adiknya, Yuzrina Yaacob, 38, dan seorang saudara, Zulfika Suhaimi, 10, ditemui tidak lama selepas kejadian.

Sementara seorang lagi mangsa, Khaizuran Waliyuddin Suhami, 5, masih hilang. Tiga mayat mangsa yang dijumpai pagi tadi.

KENYATAAN PIHAK CHALET BERKENAAN

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Superintendan Markandan Subramaniam berkata, polis difahamkan pihak pengurusan chalet melarang penginap mandi di pantai tersebut.

“Pantai ini bukan tempat mandi-manda untuk orang ramai, saya difahamkan terdapat tanah jerlus di mana ia boleh memerangkap mangsa secara tiba-tiba.

“Seorang mangsa ditemui tidak lama selepas itu sementara selepas 10 minit, tiga lagi mangsa ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmy Mustofar berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) masih meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa.

Katanya, selain pasukan Bomba, operasi mencari mangsa turut dibantu polis, Polis Marin dan Maritim .

Sumber: Saya Luv Islam via Sinar Harian

ANDA MUNGKIN BERMINAT – IBU BAPA SAJAT SUMPAT ANAKNYA KHUNSA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Memetik laporan Mstar, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia dibuat susulan kenyataan Sajat mengenai identiti sebenarnya.

Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

“Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online semalam.

Portal berita ini melaporkan Sajat mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jakim, dalam pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.

Pertemuan antara pihak Jakim dan Sajat bersama ibu bapa usahawan itu.

Bagaimanapun Mohd Izwan berkata, pengakuan atau sumpah tetap memerlukan pengesahan pihak berautoriti dari sudut perubatan.

Sehubungan itu katanya, Jakim telah menawarkan bantuan agar Sajat mengikuti beberapa prosedur pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui kerajaan.

“Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.

“Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri,” jelasnya.

Pada Rabu, mStar Online melaporkan Mohd Izwan mendakwa telah ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat untuk meneruskan prosedur bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.

Pihak Jakim dimaklumkan bahawa Sajat adalah khunsa.

Bagaimanapun, Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

Ditanya mengenai dakwaan membabitkan pihak ketiga itu, Sajat hanya menjawab ringkas: “No komen.”

Namun Sajat mengakui terdapat persetujuan antara beliau dan Jakim dalam menjalinkan kerjasama.

Usahawan itu menjelaskan bahawa kerjasama yang dimaksudkan adalah lebih kepada pembabitannya dalam mana-mana program pembangunan perniagaan dan motivasi yang dikelolakan oleh jabatan itu.

Bulan lalu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Mohd Izwan kemudian dalam kenyataannya pada 19 Januari lalu berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *