Saintis Tayang Mumia Menjerit Terkini. Identiti Sebenarnya Buat Ramai SERAM

| February 19, 2018 | 2 Comments

Saintis Tayang Mumia Menjerit Terkini. Identiti Sebenarnya Buat Ramai SERAM | Saya Luv Islam – Selepas bertahun mengkaji mumia misteri yang baru ditemui, akhirnya saintis mula tayang di muzium untuk tontonan umur. Selain rupa dalam keadaan seperti menjerit, identiti sebenarnya buat orang lebih terkejut dan seram. Ada video. Jom baca dan kongsikan.

IDENTITI SEBENAR “MUMIA MENJERIT”

Muzium Mesir di sini telah mengadakan pameran “Screaming Mummy” (Mumia Menjerit) yang merupakan jasad putera seorang firaun yang dipercayai dihukum gantung kerana merancang pembunuhan ayahandanya.

Dinamakan hanya sebagai “lelaki tidak dikenali E”, mumia yangs ebelum ini hanya disimpan untuk tujuan kajian dilihat seperti seseorang yang meninggal dunia dengan cara yang amat menyeksakan.

HASIL KEPUTUSAN DNA MUMIA

Kementerian Antikuiti Mesir berkata analisis DNA mengesahkan bahawa mumia tersebut merupakan anak lelaki kepada firaun Ramses III, yang memerintah antara tahun 1186 SM dan 1155 SM, lapor AFP.

Mumia tersebut menunjukkan petanda bahawa lelaki itu telah digantung dan dibalut dengan kulit kambing, yang dianggap masyarakat tamadun Mesir sebagai tidak suci.

NAMANYA PENTAWERE, ANAK FIRAUN

Pentawere, putera Ramses III, telah dijatuhkan hukuman gantung kerana merancang pembunuhan bapanya.

Dia bersekongkol dengan ibunya, Tiye, yang merupakan isteri kedua Ramses III, menurut satu lukisan purba pada papyrus purba yang menceritakan konspirasi pembunuhan tersebut.

Ianya tidak dapat dipastikan jika Ramses III berjaya dibunuh ataupun terselamat, namun terdapat bukti-bukti yang menunjukkan firaun itu telah ditikam di bahagian leher.

Sebentuk azimat Eye of Horus yang melambangkan penyembuhan dan perlindungan telah diletakkan di bahagian tekak Ramses III, menurut kenyataan kementerian itu lagi.

VIDEO MUMIA MENJERIT

Sumber: Saya Luv Islam via Mynewshub

ANDA MUNGKIN NAK BACA BERITA DI BAWAH INI PULA..

Artis wanita mesir dihukum penjara 2 bulan. Padah muncul berbikini sambil ghairah hadam pisang menerusi satu klip video muzik, seorang penyanyi wanita Mesir dihukum penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah tempatan.

Media melaporkan artis pop terkenal itu, Shyma turut dikenakan denda sebanyak 238,100 pound Mesir (kira-kira RM54,500) kerana didakwa atas kesalahan hasutan yang boleh mendorong kepada kejatuhan moral masyarakat.

AKSI JELEK

Penyanyi berusia 21 tahun itu melakukan jenayah akhlak tersebut melalui video muzik berjudul I Have Issues yang memaparkan dia dalam keadaan seksi memakan pisang di dalam sebuah kelas dipenuhi beberapa pelajar lelaki.

Selain buah tersebut, Syhma yang hanya mengenakan pakaian dalam kelihatan menyanyi sambil kunyah epal di hadapan papan hitam seolah-olah aksi goda mengulum batang zakar lelaki atau lazim disebut sebagai seks oral.

Video berkenaan dikutuk keras ramai netizen tempatan sebagai berbaur lucah setelah tular didedahkan akhbar Youm 7 di sini, sekali gus menyaksikan wanita tersebut ditahan oleh pihak polis pada pertengahan bulan lalu.

PENGARAH VIDEO JUGA DIPENJARA

Sutradara klip itu, Mohammed Gamal, juga dijatuhi hukuman yang sama. Menerusi akaun Facebook miliknya, Shyma bagaimanapun telah memohon maaf setelah teruk dikecam ramai pengguna media sosial tempatan.

“Saya tidak membayangkan ini yang akan terjadi dan saya mendapat kritikan dari semua orang. Sebagai wanita yang mengimpikan sejak usia muda untuk menjadi seorang penyanyi, reaksi sebegini di luar jangkaan,” tulisnya lagi.

Meskipun perlembagaan Mesir kekal sekular di bawah pemerintahan Presiden Abdel Fattah El Sisi, pihak berwajib di negara Arab Islam itu sering menggunakan undang-undang moral untuk menindas ramai artis tidak berakhlak.

Pada 2015, mahkamah Mesir memenjarakan seorang penari wanita selama setahun kerana didakwa melakukan hasutan mempromosikan keruntuhan moral melalui klip video Let Go of My Hand.

Sumber: Mynewshub

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *