Lim Guan Eng – Lagi Fail Merah Bernilai RM9.4 Bilion Ditemui. Ikuti Laporan PENUH.

| June 5, 2018 | 1 Comment

Alhamdulillah. Allah telah selamatkan Malaysia dengan takdir kejatuhan kerajaan BN. Kalau tak….

Lim Guan Eng – Lagi Fail Merah Bernilai RM9.4 Bilion Ditemui. Ikuti Laporan PENUH. | Di saat kes 1MDB tak selesai lagi, Kementerian Kewangan temui fail merah yang mengakibatkan kerajaan rugi RM9.4 billion. Satu per satu pekung kerajaan BN sebelum ni terdedah. Ikuti laporan penuh. Allahu.

ADA KAITAN DENGAN 1MDB

Kementerian Kewangan mendedahkan menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skandal itu membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang mana sudah membayar 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun hanya 13 peratus kerja yang sudah siap dilakukan.

Katanya, SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 bertujuan menjalankan dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.

“Kontrak kedua-dua projek ini diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

“Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada CPPB walaupun hanya 13 peratus kemajuan projek direkodkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, sebentar tadi. (Sumber: Berita Harian)

LIM TAK TIDUR MALAM SEJAK JADI MENTERI KEWANGAN

Ketika ditanya mengenai keutamaannya sekarang, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata banyak perkara harus dilakukan terutamanya bagi membersihkan ‘kekotoran’ yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Guan Eng berkata, setiap hari beliau mendapat penemuan baru yang menyebabkannya tidak dapat tidur pada waktu malam.

“Kadang-kala, saya tak boleh tidur di malam hari kerana setiap hari ada ‘bom masa’ yang dijumpai di mana-mana,” kata Lim dalam wawancara dengan Malaysiakini di Pulau Mutiara pada hujung minggu lalu.

Sejak memegang jawatan di Putrajaya, Lim mencuri masa untuk kembali ke Pulau Pinang pada hujung minggu bagi bertemu penduduk di kawasannya, sama ada di kerusi parlimen Bagan atau kerusi DUN Air Putih.

Menerusi temu bual dengan media sejak dilantik sebagai menteri kewangan, Lim mendedahkan beliau menemui banyak “fail merah dan yang tersembunyi” dalam kementerian itu, di mana dokumen berkenaan hanya boleh diakses oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang merupakan anggota parlimen Pekan melepaskan jawatan perdana menteri selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum 9 Mei.

Beliau kini sedang disiasat atas tuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

“Kedua, banyak akaun yang dipalsukan dan ketiga, banyak perkara yang direkodkan tidak menyatakan kos sebenar. Akaun itu tidak telus dan lengkap,” kata Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang.

Beliau merujuk kepada Program Perkongsian Awam (PPP) yang dikatakan bernilai RM63 bilion.

Selain itu terdapat juga bayaran pajakan, penyelenggaraan dan penggantian aset berkaitan dengan program PPP.

“Adakah anda tahu berapa banyak? Ia berjumlah sehingga RM140 bilion, tetapi mereka (kerajaan terdahulu) tidak mahu menyebut ini,” kata Lim kepada Malaysiakini.

Selain itu Lim juga mendedahkan sistem pembayaran yang dilaksanakan di Kementerian Kewangan sebelum ini.

“Apabila kamu membuat pembayaran, biasanya berdasarkan kerja yang dilakukan, misalnya, kami akan bayar kamu 20 peratus untuk 20 peratus selepas kerja selesai.

“Tetapi di sini berbeza, bayaran dibuat setiap enam bulan. Walaupun untuk projek yang hanya 25 peratus telah selesai, mereka dibayar sehingga 60-70 peratus, dan ada yang menuntut bayaran hingga 90 peratus,” katanya.

Lim berkata perkara ini dimasukkan sebagai hutang negara apabila beliau membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia berjumlah RM1 trilion setakat Disember tahun lepas.

Ia merupakan pendedahan pertama sejak beliau dilantik sebagai menteri kewangan baru, mendorong Najib mengatakan pengumuman itu menyebabkan ketakutan kepada pelabur.

Beliau juga diselar kerana tidak bersikap bijak apabila turut memasukkan liabiliti luar jangka dalam angka hutang negara.

Bagaimanapun Lim menjelaskan bahawa item itu dimasukkan dalam pengiraan hutang negara kerana sesetengah syarikat telah kehabisan wang tetapi dijamin pembayaran oleh kementerian.

BANYAK SYARIKAT CANGKERANG

Lim juga mendedahkan terdapat banyak syarikat cengkerang yang tidak mempunyai wang tetapi dibayar setiap tahun”.

“Kita perlu rundingkan semula cara untuk memotong atau mengurangkan syarikat-syarikat itu,” katanya menunjukkan bahawa ini adalah beberapa tugas segera bagi memenuhi janji 100 hari HARAPAN, seperti yang dinyatakan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Lim berkata beliau kini menumpukan kepada kos tetapi selepas ini akan beralih kepada hasil dan produk memandangkan negara berusaha memulihkan ekonomi.

Sementara penting mengetahui kos sebenar dihadapi kerajaan, Lim berkata tumpuan juga harus diberikan dalam pelaburan industri 4.0, seni, budaya dan warisan.

Sementara itu, Lim juga menyebut mengenai bon bernilai berbilion ringgit di mana negara meminjam dari pihak lain dan perlu membuat bayaran setiap tahun.

“Jika kita dikehendaki membayarnya, mengapa kita tidak dapat mengatakan ini sebagai hutang?” soalnya.

Apabila diberitahu bahawa perakaunan piawaian antarabangsa tidak mengira atau merangkumi jaminan kerajaan dan bayaran pajakan untuk projek PPP sebagai hutang negara, Lim berkata ini kerana mereka menganggap item berkenaan sebagai “Off-balance sheet”.

“Itulah semacam perakaunan kreatif, tetapi kami mahu bercakap benar dan tidak mahu menipu diri sendiri,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

“Lagipun, anda perlu membayar balik bayaran pajakan untuk projek PPP dan jaminan kerajaan. Sebagai contoh, dalam kes 1MDB, pembayaran telah dibuat kepada syarikat, adalah mustahil untuk 1MDB membayar sendiri.

“Untuk program PPP, sekurang-kurangnya beberapa projek dapat dilihat, tetapi apa yang anda dapat lihat dari 1MDB, semuanya hanya indah khabar dari rupa,” katanya.

“Mereka (kerajaan terdahulu) begitu hebat. Mereka dapat melihat beberapa perkara yang tidak dapat kita lihat.

“Adakah mereka mempunyai mata ketiga di mana mereka dapat melihat projek, bangunan dan pulangan? Kami tidak dapat melihat semua ini – tetapi kamilah orang yang perlu membayar hutang,” tambah Lim. (Sumber: Malaysiakini)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *