Lantikan Thomas Sebagai AG. Ini Komen Anwar. Baca Laporan PENUH.

| June 6, 2018 | 1 Comment

Malaysia Memang Perlukan Orang Hebat Dan Amanah Seperti Thomas Ni.

Lantikan Thomas Sebagai AG. Ini Komen Anwar. Baca Laporan PENUH. | Ramai yang risau tentang perlantikan Thomas sebagai Peguam Negara. Terkini wartawan berjaya dapat komen Anwar Ibrahim yang buat ramai lega.

TIDAK JEJAS KEDUDUKAN ISLAM DAN MELAYU

Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu di negara ini, kata Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana setiap individu yang dilantik sebagai Peguam Negara terikat kepada Perlembagaan Malaysia dan bertindak atas kuasa yang ada dalam perlembagaan itu.

“Dia (Peguam Negara) tidak boleh langgar (Perlembagaan Malaysia). Ini keprihatinan yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu, dan ini keyakinan yang kita beri kepada Raja-Raja Melayu bahawa Tommy Thomas tetap menjaga kedudukan Islam dan kepentingan Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan (Malaysia).

“Yang di-Pertuan Agong (Sultan Muhammad V) tidak banyak masalah kerana baginda hanya mahu keyakinan itu (kedudukan Islam dan hak Melayu dijaga). Baginda faham hak Perdana Menteri (mencadangkan Peguam Negara) tetapi berkuat kuasa setelah baginda tanda tangan (pelantikan Peguam Negara),” katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Moreh Bersama Rakyat di Dataran Keris di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan kira-kira 3,000 orang.

Semalam, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kerajaan Pakatan Harapan dan pihak Istana, dan meminta pihak terbabit supaya menghentikan perbuatan tersebut.

“Kawan-kawan yang selalu nak laga-laga ini hentikan lah, ini bulan Ramadan, sudah-sudahlah. Ini peluang kita semua untuk membina negara dan membaiki akhlak. Mari kita sama-sama maju ke depan pikul amanah diberi rakyat untuk membina negara,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis itu, beliau berkata tanggungjawab yang diberikan rakyat kepada pemimpin Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas bukan satu keistimewaan sebaliknya sebuah amanah yang perlu di laksana dengan sebaiknya.

“Saya dan kita (pemimpin Pakatan Harapan) semua amat terhutang budi kepada rakyat Malaysia. Anwar tiada apa-apa, tiada harga dalam politik tanah air kalau tidak kerana rakyat Malaysia. Kalau begitu, kita pikul (amanah) rakyat, jaga kepentingan rakyat.

“Jaga perbelanjaan, duit. Belanja dengan cermat. Semua (pemimpin Pakatan Harapan) mesti sedar, ini amanah. Selagi ada seorang anak miskin kita bertanggungjawab membela kepentingan mereka,” katanya.-Bernama (Sumber: Sinar Harian)

BEKAS PEKERJA DEDAH SIAPA SEBENARNYA THOMAS

Seorang bekas pekerja di firma guaman Tommy Thomas berkongsi cerita bagi mendedahkan siapa sebenarnya individu yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara itu.

Ashikin Rahim yang berkongsi di laman Facebooknya berkata, perkongsian cerita itu dibuat kerana mahu menceritakan siapa sebenarnya TT, gelaran yang diberikan kepada Thomas, berbanding menilainya berdasarkan agama atau penulisan yang dianggap berat sebelah sebelum ini.

Memulakan cerita, Ashikin berkata, dia menyertai firma guaman pada 2009 dan ketika itu dia tidak tahu firma tersebut milik Thomas.

“Saya ingatkan dia Cina. Jadi anda dapat bayangkan macam mana saya terkejut ketika melangkah masuk ke bilik mesyuarat.

“Saya memohon kerja sebab kebanyakan senior saya beritahu bahawa dia merupakan pengamal litigasi terbaik dalam negara. Jadi bermula daripada itu saya bersemangat untuk litigasi ini,” tulisnya hari ini.

Menurutnya, ketegasan Thomas dapat dilihat di mana beliau tidak akan membiarkan telefonnya berbunyi tiga kali dan beliau akan sentiasa memberi perkembangan kepada pelanggan sebelum kes mahkamah dijadualkan.

Katanya, Thomas juga merupakan seorang yang tegas, berprinsip, menepati masa, pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap pekerja bawahannya.

“Secara peribadi beliau merupakan bos terbaik sepanjang saya bekerja di lima firma guaman sebelum itu. Dia tidak hirau mengeluarkan duit buat pekerjanya. Dia selalu beli makanan buat kami di tempat mahal. Membawa kami bercuti dan memberikan wang saku, duit raya dan duit dapat anak.

“Saya juga dapat duit untuk majlis perkahwinan. Dapat bonus di tahun terakhir walaupun saya akan berhenti pada April untuk memberi tumpuan kepada bayi yang baru lahir,” katanya.

Ashikin berkata, Thomas bukanlah seorang peguam yang mengejar keuntungan dan kemasyhuran semata-mata malah beliau juga sanggup ‘kutip’ kes yang tidak mendatangkan keuntungan selain mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai anak guamnya.

“Apa yang paling penting ialah, dia pasti memberi perhatian berat kepada litigasi kepentingan awam. Saya banyak ditugaskan untuk kes seperti itu. Kami buatnya secara percuma.

“Kami berjuang untuk hak persatuan penduduk, negeri yang dipimpin kerajaan pembangkang (sebelum ini) dan orang miskin yang tertindas oleh keputusan kerajaan, orang miskin yang tertipu dalam pelaburan. TT memberitahu seseorang perlu berjuang untuk semua itu,” katanya.

Jadi menurutnya, dia mengerti mengapa bekas majikannya itu dipilih menjadi Peguam Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir dengan pelantikan Thomas ini kerana tidak akan ada apa-apa yang terjejas terutamanya berkaitan Islam di negara ini.

“Dalam hal ini, sudah pasti Peguam Negara akan terlibat dalam merangka segala undang-undang, tetapi peranannya terhad kerana undang-undang di negara ini mempunyai unit khas untuk menggubal Undang-Undang Syariah. Maka itu, beliau tidak mengawal undang-undang Islam di negara ini.

“Bagi permasalahan yang tidak biasa diuruskannya, terdapat ramai pakar dalam Pejabat Peguam Negara yang boleh menasihatkannya. Bukan semua orang tahu semua benda. Bukan sahaja kita. Perdana Menteri juga begitu,” katanya.

Menurutnya, pada ketika ini orang ramai tidak harus mempertikaikan terhadap apa yang sudah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara

“Jadi sejak kita tidak boleh membuat apa-apa yang sudah diputuskan oleh Istana, mari kita terimanya dengan persefahaman dan minda terbuka. Mengapa cuba menimbulkan huru-hara terhadap sesuatu yang belum terbukti akan berlaku.

“Untuk orang Islam, ingatlah, semuanya adalah ketentuan ALLAH. Mari menjaga keamanan negara bersama-sama,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *