Misi Kayuhan Basikal Ke Tanah Suci Selesai Tapi Ini Yang Terjadi. | SAYA LUV ISLAM : “Tak dapat haji tahun ini, kita cuba pula tahun depan dan seterusnya hingga berjaya.” Demikian kata Ahmad Mohd Isa, 36. Yang melakukan kembara ekspedisi ke tanah suci Makkah dengan berbasikal bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Bagaimanapun, misi Ahmad bersama isteri, Noradilah Mohd Shafie, 37, dan seorang lagi rakan Abdul Halim Talha, 57, gagal. Apabila tidak berjaya memperoleh visa haji biarpun sudah sampai di sana.
Korang yang baca ni jom teruskan misi ke tempat menarik aceh. Banyak tempat-tempat yang menarik dan cantik untuk anda lawati.
PERASAAN KECEWA DAN SEDIH
“Saya juga manusia biasa, perasaan kecewa dan sedih tak dapat nak sorok. Walaupun cuba untuk pujuk diri dengan ayat-ayat positif. “Semua perasaan bercampur baur apatah lagi sewaktu hari Wukuf.
“Sepanjang hari saya duduk depan TV tengok jemaah haji berarak dari Makkah, Mina, Arafah dan Mudzalifah. Saya doa, baca al-Quran dan kembali tengok TV. Sampai saya sendiri terlelap, bila terjaga, sambung doa lagi, tengok jemaah haji. Sepanjang hari saya diam dan muhasabah diri.
“Pasti ada dosa yang belum diampunkan. Yakin pasti ada hikmah di sebalik cerita. Pasti ada hadiah yang Allah nak beri.” Boleh saja kalau nak buat haji menggunakan visa tak sah, tapi kami pilih untuk masuk cara halal, yang mana ia susah nak dapat. Bukan rezeki saya dan isteri saya tahun ini,” katanya.
INGAT NASIHAT IBU
Menurutnya, dia sentiasa ingat nasihat ibunya agar menunaikan ibadah haji dengan cara yang betul. “Ummi saya pesan, Allah boleh saja membiarkan kita pergi haji walaupun dengan cara yang salah. Tapi takutnya Allah membiarkan bukan dengan reda-Nya tapi dengan istidraj.
“Kes sekarang ini ramai orang tiada visa haji masuk Makkah buat haji. Jadi, saya berharap supaya warga Malaysia ikut jalan yang betul. Iaitu visa haji yang dibenarkan oleh pihak berkuasa, bukan ikut jalan belakang untuk ibadah,”. Katanya yang akan pulang ke tanah air pada 28 Jun ini.
Ahmad bersama isteri dan rakannya tiba di Madinah, Arab Saudi pada 19 April lalu. Mereka melakukan Kayuhan Haji 2024 dengan melengkapkan perjalanan 150 hari merentasi tujuh negara. Iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Arab Saudi. Malah, ketibaan di Madinah itu lebih awal daripada jangkaan asal.
BERITA DAHULU
Bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Che Saad Nordin bersama tiga lagi rakannya memulakan kayuhan basikal untuk menuju Makkah bagi menunaikan ibadat haji membabitkan perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km).
Selain Che Saad, 73, kayuhan itu turut diiringi pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 35; dan Noradilah Mohd Sapie, 36. Serta kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Abdul Halim Talha, 56.
Perjalanan mereka melalui jalan darat yang memakan masa tujuh bulan itu akan merentasi tujuh negara. Iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dijangka tiba di Arab Saudi pada pertengahan Mei 2024.
Che Saad yang juga ketua misi kayuhan itu berkata, pada perancangan asal impian untuk berbasikal ke Makkah adalah pada 2019, namun ia telah tertangguh beberapa kali ekoran dunia ketika itu dilanda pandemik Covid-19.
Masih tercari-cari travel yang ada pakej murah aceh? Anda pasti puasa hati dengan apa yang disediakan.
SAMPAIKAN MESEJ KEPADA ANAK MUDA
“Melalui kayuhan ini, saya ingin menyampaikan mesej kepada generasi muda dan orang luar yang saya sebagai rakyat Malaysia walaupun pada usia emas masih mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika berada di setiap negara yang bakal dilalui.
“Selain itu, kayuhan ini juga adalah manifestasi kesyukuran saya kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan nikmat kesihatan yang baik dan mahu menikmatinya melalui kayuhan ke Makkah,” katanya ketika ditemui selepas acara pelepasan kayuhan itu di FRIM, pada Khamis.
Che Saad yang pernah bertugas sebagai wartawan sambilan Bernama di Baling, Kedah berkata, beliau bersama tiga rakan lain telah melakukan persiapan rapi termasuk menyelesaikan dokumentasi seperti insurans, visa serta latihan fizikal dengan kayuhan basikal mengelilingi Semenanjung sejak Ogos lepas.
Beliau berkata, pada misi kayuhan itu setiap daripada mereka perlu membawa bebanan yang dianggarkan 60 kilogram seperti kit pertolongan cemas, peralatan perkhemahan, baju sejuk, kamera dan alat ganti basikal.
Jom tengok pakej travel aceh. Menjanjikan kepada anda untuk melawati tempat-tempat yang sangat cantik.
MATLAMAT KALI INI BESAR
Sementara itu, Noradilah berkata, kayuhan basikal pada kali ini adalah sangat berbeza berbanding kayuhan sama beliau dan suami yang pernah dilakukan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah pada 2016.
“Matlamat kali ini lagi besar iaitu menunaikan rukun Islam kelima, haji, jadi tiada lagi kayuhan seperti dulu sambil buat umrah dan boleh lagi berbulan madu dengan suami di negara yang dilalui. Tapi, kali ini setiap perancangan perjalanan perlu lebih serius mengambil kira pandangan dua rakan yang lain,” katanya.
Perkembangan semasa misi kayuhan empat warga Malaysia itu boleh diikuti dengan melayari laman rasmi Facebook, Kembara Memburu Hikmah – KMH yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh mereka.