pengorbanan

Pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

2024-10-30

Pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. | SAYA LUV ISLAM : Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan puteranya Nabi Ismail AS merupakan salah satu kisah paling mendalam dalam sejarah Islam.
pengorbanan
Allah SWT menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan perintah yang sangat berat. Iaitu menyembelih putera kesayangannya, Nabi Ismail yang masih remaja ketika itu. Walaupun Nabi Ibrahim sangat menyayangi puteranya, beliau memahami bahawa ketaatan kepada Allah mengatasi segala-galanya dan ujian ini diterimanya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

PENYAMPAIAN MIMPI NABI IBRAHIM

Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada Nabi Ibrahim melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut, Nabi Ibrahim melihat dirinya menyembelih Nabi Ismail. Setelah mimpi itu berulang beberapa kali, beliau yakin bahawa itu adalah perintah Allah. Maka, Nabi Ibrahim pun mendekati Nabi Ismail dan memberitahu tentang mimpinya itu, serta bertanya pendapat puteranya dengan perintah ini. Dengan penuh iman dan ketaatan, Nabi Ismail menjawab:

يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

“Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang sabar.”
(Surah As-Saffat, Ayat 102)

KEIKHLASAN NABI ISMAIL DALAM MENGHADAPI PENGORBANAN

Jawapan Nabi Ismail menunjukkan ketinggiaan iman dan keyakinannya kepada Allah SWT. Nabi Ismail menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah, bersedia untuk dikorbankan demi kepatuhan kepada perintah Allah. Beliau tidak meragui keputusan ayahnya, malah menyokong perintah tersebut dengan sikap sabar dan ikhlas. Keikhlasan dan kepatuhan ini menjadi contoh luar biasa dalam sejarah Islam mengenai pentingnya ketaatan kepada Allah, meskipun dalam ujian yang sangat berat.
pengorbanan

PERTOLONGAN ALLAH DI SAAT GENTING

Ketika saat penyembelihan hampir berlaku, Allah SWT menguji kesungguhan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hingga ke tahap akhir. Melihat ketaatan kedua-duanya, Allah lalu menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Firman Allah dalam Surah As-Saffat, Ayat 107:

وَفَدَيْنَـٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍۢ

“Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

Ini menunjukkan bahawa Allah tidak menginginkan nyawa Nabi Ismail, tetapi lebih kepada ketaatan dan keikhlasan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah-Nya.

PENGAJARAN DARI PENGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL

Kisah pengorbanan ini membawa banyak pengajaran bagi umat Islam. Pertama, ia mengajarkan tentang pentingnya keikhlasan dan ketundukan mutlak kepada perintah Allah. Walaupun ia bertentangan dengan keinginan atau perasaan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kedua, peristiwa ini mengingatkan bahawa Allah tidak pernah menguji hamba-Nya melampaui kemampuan mereka. Ketiga, kisah ini menekankan kepentingan pengorbanan dalam ibadah dan dalam kehidupan. Khususnya dalam konteks memberi yang terbaik untuk kepentingan Allah dan untuk kepentingan Allah dan umat.
Sejarah

KESIMPULAN: PENGORBANAN SEBAGAI IBADAH DAN KETAATAN

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menunjukkan bahawa cinta dan kepatuhan kepada Allah seharusnya berada di atas segala-galanya. Ia menjadi teladan abadi dalam Islam tentang nilai pengorbanan dan keikhlasan dalam ketaatan kepada Allah. Kisah ini diabadikan dalam ibadah korban setiap Hari Raya Aidiladha. Di mana umat Islam memperingati ujian yang berat ini sebagai tanda syukur dan mengukuhkan hubungan dengan Allah.

Leave the first comment

Artikel Lain